Thursday, September 22, 2011

Saya dan kapal terbang

Sangat lama saya tidak mengemaskini blog saya. Hohoh... sebab aku jadi malas yang amat sangat. Alhamdulillah, talian internet dah ok semula. Kebetulan juga ada cerita terbaru untuk kenangan. Jadi, aku tulis je la. Cerita bermula begini....

Disebabkan aku dah lama tanam anggur, jadi aku buat kerja sampingan tolong abang ipar uruskan kursus yang dijalankan untuk guru-guru. Aku ditugaskan untuk berbincang dengan ILP Kuala Terengganu semalam. Jadi, disebabkan nak jimat masa, maka aku kena la naik kapal terbang. My last fly was about 3 years back. Cuak juga nak naik, tapi buat-buat berani. Aku terbang sekali dengan adik aku, Zul. So, kami bertolak dari rumah pukul 4.45 pagi dan tiba hampir-hampir di KLIA pada jam 5.30. Oppsss.... aku ingat Zul tau yang terminal kami di LCCT, bukan di KLIA. hahaha.... jadi, terpaksa patah balik dan mengubah haluan pemanduan ke LCCT. Sampai LCCT pukul 5.45 dan berebut cari tempat letak kereta terdekat sebab malas jauh nak jalan kaki sambil mendukung beg komputer riba yang besar. hehehhe...

Sampai kat LCCT, kengkonon nak daftar masuk sendiri, tapi tak boleh. Aku tolong orang lain pula daftar masuk. Aku kena pergi terus ke kaunter. Zul pula ada masalah dengan ketakutan naik kapal terbang perut. Jadi kena berlari ke tandas. Sampai kat kaunter, mamat tu suruh aku masuk ke balai berlepas sebab dah lambat. Tengok-tengok kat tiket berlepas tu, waktu masuk ke balai berlepas adalah jam 6.15. Dan waktu aku tengok jam pun memang 6.15. Tanya orang kat kaunter sempat tak kalau saya nak solat subuh. Orang tu suruh masuk balai berlepas dan tak jawab soalan aku. Dia cuma kata dah lambat. Hohoho... Zul pula tak muncul-muncul dari tandas. Aku ni dah macam orang nak terima baton je tunggu dia depan pintu balai berlepas tu. Haishhh....

Bila kami dah masuk balai berlepas, Zul lari lagi ke tandas. Adusshhh..... Masa serah tiket pada penjaga tiket tu, aku bagitau partner aku kat tandas. Dia suruh aku terus ke kapal angkasa terbang. Sekali lagi aku jadi penunggu baton dan terjenguk-jenguk cari Zul dari balik cermin sebab aku dah angkut beg dia sekali tadi. Nampak je dia, terus berlari separuh jalan, lepas tu patah balik pada penjaga tiket sebab tak tau kapal terbang mana aku nak kena naik. Hahahah.... bengong sungguh rasanya.... Bila dah tau, terus kalut melangkah. 

Masa dalam kapal terbang pula, aku rasa juruterbang tu kurang pandai mengendalikan pesawat kot. hahahah... Pandai je kan... Pasal lepas berlepas, masa lampu isyarat pakai tali pinggang keledar dimatikan, kapal tu jadi macam roller coaster nak turun pula. Kecut perut aku. Sepanjang kat atas kapal tu, aku dok zikir je dan fikir mati. Hehehe... sungguh. Sebab tau kerusi yang aku duduk tu je la tempat aku berpaut. Dah terbayang-bayang cerita Air Crash Investigation. huhuhu.... Alhamdulillah, kami selamat mendarat jam 7.30 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Orang tak ramai mana.

Masa balik pula, satu kisah sadis berlaku. Aku sungguh tak perasan yang waktu balik kat slip penerbangan tu adalah 0815. 

Sebab dalam kepala dah set kata-kata kakak aku... "Kau bertolak pukul 6.15pagi  ke KT dan balik pukul 8.15 malam ke LCCT"... 

Bila sampai dekat lapangan terbang, aku tengok waktu berlepas adalah pukul 9.20 malam. Hohoho.... apa cerita... Disebabkan sampai awal, aku terus buat pendaftaran masuk sendiri. Tapi gagal. Ait... Nasib baik ada mamat Air Asia ni datang dekat. 

Dia semak slip dan kata, "Kak, ni dah terlepas pagi tadi ni. Kapal terbang kakak pukul 8.15 pagi tadi. A.M. Bukan P.M ni..."

Aku terus tepuk dahi. Aiyoyoyo..... Telefon abang ipar terus dan bagi tahu masalah. Dia tanya aku sama ada nak bermalam kat KT atau balik juga. Aku kata nak balik juga. Harga tiket balik hari tu melambung sehingga RM272 seorang sedangkan tiket pagi tadi harganya RM130.50. Aduss.... Abang ipar aku bank in duit. Aku pula terus dok fikir nak naik kapal terbang ke, atau bas. Zul kata bas pun kalau waktu malam macam ni sama laju macam kena kejar hantu. Baik tidur kat hotel dan balik esok pagi. Uwaaa.... tak mau tidur sini. Aku dah rindu sama Sarah dan Syaza. Dan abah diorang juga la.... ehehhe.... dalam kepala dok timbang, kemalangan bas ni selalu berlaku. Kemalangan udara, jarang-jarang. Hohoho... akhirnya aku kembali ke kaunter tiket  dan beli tiket penerbangan balik yang berjumlah RM544 untuk dua orang.... aku tau... duit tu terbang sama-sama sekali dengan kapal terbang. 



Alhamdulillah, penerbangan balik berjalan lancar. Walaupun cuaca buruk, tapi tak ada pula adegan naik roller coaster berlaku. Cuma kadang-kadang je rasa macam enjin kapal terbang tu dah berhenti sebab bunyinya jadi macam sayup-sayup je... Aku sampai rumah jam 12 malam (lepas mesyuarat sekejap dengan bos). Anak-anak semua dah nyenyak tidur... bila tengok.... memang aku rindukan mereka... huhuu....


4 comments:

Fazil Hamid said...

percaya atau tak...
saya tak pernah naik kapal terbang....
hehehe...

Mama Iman said...

takut atau tak berpeluang? kalu takut, payah gak la... cam akak... tp kalu tak berpeluang, sok ko wat 2nd honeymoon p overseas... :D kasik yg naik 5 6 jam punya... hakhak... klu akak abih kot 1/4 quran aku baca... hahahahhaha

gula kapas said...

baru aku tau ko takut naik kapal terbang nim...hehehehe...jom dtg sabah..mesti ilang takut nnt...

Mama Iman said...

Berapa jam p Sabah? Hehehe.... aku akan cuba juga naik. Kalau Bard ada sebelah, aku paut je kat dia. Aritu, cuma harap kerusi je untuk berpaut. hahahaha....

There was an error in this gadget