Thursday, January 26, 2012

Grilled Dory and Garlic Buttered Rice

Dah lama sungguh rasanya aku tak masak di rumah. Setiap hari makan di luar atau meronda di rumah-rumah yang ada hidangkan masakan. Hahahaha.... Teruk ek. Bukan tak nak masak. Cuma rasa nak makan makanan orang tu lebih lagi berbanding selera nak makan masakan sendiri. Hari ni, aku kuatkan juga semangat untuk masak. Bahan memang dah lama ada dalam peti sejuk. Pagi tadi aku dah clearkan peti sejuk tu. Jadi, ada la sikit rasa nak memasak. Kerajinan yang sekelumit hari ni buat aku rajin masak Grilled Dory. Pekena pula dengan Garlic Buttered Rice, salad dan juga sos cili buatan sendiri. Memang rasa sedap la kira macam masuk bakul angkat sendiri

Macam biasa, bila aku masak, Mr. Hubby yang akan tolong bersihkan dapur. Aku tak larat nak mengadap sinki lama-lama sebab rasa lenguh satu badan. Selalunya, bila mencuci pinggan, aku memang suka melekapkan perut kat siniki supaya tak lenguh. Tapi semenjak perut makin membulat, dah tak boleh dah nak buat macam tu. Dan disebabkan malam ni aku makan menu barat, esok pagi, itu juga la menu yang aku akan bawa ke sekolah. Senang dan jimat masa. Ikutkan hati, memang malas sungguh nak singgah warung nasi lemak. Dah muak. Tapi apa kan daya, kalau tak masak di rumah, maka aku kena la membeli di luar unless aku puasa.

Minggu ni dah masuk minggu ke 36++. Lebih tepat lagi adalah 36 minggu dan 5 hari. Cepatnya masa berlalu dan baby sangat aktif dalam perut. Kekuatan juga semakin kurang sebab perut semakin memberat. Naik turun tangga pergi ke kelas tahun 3 memang sangat mencabar kali ini. Berbanding Sarah yang ketika tu hanya bekerja di pejabat dan Syaza yang pada bulan-bulan terakhir sedang cuti sekolah, kali ni memang betul-betul menguji mama. Mula-mula dulu tak nak ambil cuti awal. Tapi, sebab dah tak larat, akhirnya mama mengaku kalah. Harap-harapnya cuti diluluskan.... Amin... 

No comments: