Tuesday, April 10, 2012

Babywearing

Dah lama tak menulis rasanya. Idea banyak  tapi malas nak menulis. La ni memang aku sangat gila dengan babywearing. Senang sebab tak perlu bawa stroller. Lagipun tangan bebas dari mendokong. Buat masa ni, aku ada sling ring, baby pouch dan terbaru Boba wrap. Setiap benda ni ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apapun, aku tetap suka babywearing sebab pada aku, banyak kelebihannya. Tangan bebas dari memegang anak, boleh pegang anak yang lebih besar, pegang baju yang nak dibeli, pegang barangan kat dapur dan yang paling best, aku boleh buat kerja rumah yang mudah seperti menyapu dan membasuh baju sambil tdurkan anak guna babywearing. Seee..... hehehhe....

Ok. Let me review few babywearings that I have yea...

Ring Sling
Yang ni aku beli masa tahun 2006 dulu. Lepas baca buku Baby Book, aku nampak benda ni sangat praktikal. Jadi, aku beli satu kat Shah Alam. Masa ni susah nak cari benda-benda macam ni. Harga kalau tak silap sekitar RM80 lebih kot. Sekarang dah ada yang murah dah.
Cara pakai agak rumit. Tapi baby selesa dalam tu sebab kainnya sejuk dan tak panas. Panjang dalam 1.5 meter.  Sebab dia panjang, dia boleh gak bertindak sebagai lapik baby ketika tidur, selimut dan pelindung ketika menyusukan. Aku suka pakai yang ni. Cuma yang kurang best ialah sling ring ni buat kita sakit bahu. Sebab? Ia cuma menampung berat bayi atau kanak-kanak pada sebelah bahu sahaja. Masa ni, umur Sarah sekitar 1 tahun 4 bulan. Berat dia aku tak berapa nak ingat. Tapi masa beli ring sling ni dah agak lewat untuk dia. Maksudnya, aku pakai ring sling ni masa dia dah mula ligat nak berlari berjalan bagai. Jadi, dia tak berapa nak duduk dalam tu. Dan aku pun tak la berapa menggunakannya.


Ni gambar-gambar masa pergi bercuti ke Langkawi. Siap boleh jadi buai dia tidur dalam tu lagi. hehehe....

Baby pouch
Baby pouch ni aku beli secara atas talian. Harga sekitar RM69.90. Kalau tak silap aku beli di fabulousmom.com. Tertarik sebab babywearing yang satu ni tak perlukan cecincin untuk mengikat. Cuma sarung dan tadaaa... dah boleh pakai. Mr. Hubby pun tak kekok nak guna benda ni sebab sangat senang. Aku pakai kadang-kadang dalam rumah masa kemas-kemas rumah. Tapi tu masa baby kecil la sekitar 4-5 bulan. Dah masuk setahun, tak larat kot. Hehehe…. Kelebihannya macam yang dah aku cerita sat tadi. Kekurangannya hampir sama dengan ring sling. Berat bayi cuma ditampung oleh sebelah bahu sahaja. Kesannya... sakit bahu la... hehehe... Tapi, benda alah ni tebal. Jadi, boleh juga bertindak sebagai selimut dan bantal untuk Syaza. :D

 
Ni masa bercuti-cuti di Bukit Gambang.



Boba wrap
Ni yang terbaru aku beli. Dok kenen dengan Cik Sue, aku beli harga kawan-kawan. Hehehe... Harga asal ialah RM188. Dulu ada satu yang lebih kurang macam ni. Nama dia Moby Wrap. Mungkin lain syarikat kot. Apapun, aku sangat suka yang ni sebab dia macam beg. Mungkin anda semua akan kata ia lebih kurang macam carrier. Tapi pada aku, perbezaannya dengan wrap ni ialah kita akan rasa baby kejap pada badan kita berbanding carrier (cuma sebab berat badan Afiq yang menjangkau hampir 7kg dalam usia 1 bulan 3 minggu, kadang-kadang buat Afiq melorot ke bawah sedikit sebab material kainnya yang mudah regang). Lagipun, ia meniru sedikit gaya bayi dalam kandungan. Afiq tidur dengan selesa kalau aku tengok dia gelisah atas katil. Buat la kerja apapun, dia boleh tidur dengan nyenyaknya dalam wrap ni. dan yang paling seronok, tak sakit bahu. 
Cuma yang tak seronoknya ialah, jenuh gak nak ikat. Bak kata Cicik, suami aku dah sampai depan pintu Jusco, aku masih lagi terhegeh-hegeh mengikatnya. Hehehe.... Dan juga jenuh nak buka bila Afiq tetiba menangis sebab nak susu. Kalau nak senang, pakai la baju menyusu. Jadi tak perlu la dok selak dari bawah. Ooo... yea... kalau tak ada baby dalam wrap tu, jangan la dok rasa nak pakai sebabnya anda akan kelihatan sangat seksi. Auwww... tak rela you.... hahahah....


Tak sempat lagi nak ambil gambar sendiri pakai wrap ni. Nanti la akan kugayakan time kenduri kahwin adikku... hehehe....

Anda berminat? Timbang-timbangkan. Kalau suka, boleh la cuba....

1 comment:

latifah suleiman said...

Thanks dear♥
For sharing.

Kite pon berkenan betui baby wrap.ni skrg

Tgh survey2.mana.yg paling best..





There was an error in this gadget