Friday, August 24, 2012

Afiq, enam bulan


Pada usia 6 bulan, berat Afiq turun sikit dari 9.5 kg ke 9.3 kg. Afiq demam selesema. Baik dan demam sepanjang dua minggu semenjak sebelum raya lagi. Empat kali sedut gas di Klinik Pakar Kanak-kanak di Bandar Botanic. Sekali sedut RM15. Masa lawatan pertama tu, bayarannya cuma RM65 je. Doktor Lee kata Afiq terlebih berat. Jadi, Afiq makan ubat demam lebih dari kanak-kanak biasa. 3ml instead of 1.5 ml. Hehehe...

Masa raya kat kampung, demam Afiq turun naik. Sekejap ok, sekejap demam panas. Penah cecah 38.7C. Tapi alhamdulillah, mama berjaya kawal suhu badan Afiq. Sedut hingus dan makan ubat dah jadi biasa untuk Afiq. Makan ubat dah tak takut dan menangis lagi. Cuma bila nak sedut hingus, Afiq mesti menangis bila nampak air garam yang nak disembur ke hidung Afiq. Mama kesian. Dapat rasa peritnya air garam masuk hidung. Tapi, biasanya bila lepas disedut hingusnya, Afiq pasti nampak lega dan dah boleh senyum-senyum.

  

Doktor bagi air garam jenama Sterimar untuk bayi berumur 0-3 tahun. Lepas tu dia sertakan sekali pencuci hidung jenis tiub. Lebih elok dan selamat untuk bayi. Jadinya, peralatan ni la yang jadi teman setia Afiq sepanjang dia selesema dan demam. Alhamdulillah, hari ni, Afiq nampak ok. Takde tanda-tanda nak demam lagi. Cuma batuk masih lagi ada. Kadang-kadang bunyi kahaknya pekat sangat.

Mama ingatkan nak lanjutkan waktu beri makan untuk Afiq sampai Afiq sihat. Tapi semalam Afiq nampak tak sabar sangat nak makan. Disebabkan mama tak prepare apa-apa lagi, jadi mama cuma bagi kentang putar yang mama beli kat KFC. Mama cuba bagi couscous tapi Afiq macam tak berminat nak makan. Mungkin sebab teksturnya agak kasar. Jadi Afiq macam nak tercekik mama tengok bila Afiq makan. Selera betul Afiq makan kentang putar tu sampai hampir habis tiga suku bekas kecil tu. Makan macam dah biasa je mama tengok. Hehehe... 

Sat tadi mama dah sediakan bubur nasi yang mama kisar halus dan juga lobak merah yang dah dikisar halus. Mama simpan dalam peti sejuk beku. Nanti bila nak makan, tinggal panaskan aje. Cepatnya masa berlalu. Rasanya masih terbayang-bayang sakit bersalin dan kini Afiq sudah 6 bulan. Subhanallah....



2 comments:

gula kapas said...

Selamat Hari Raya Nim, memang sihat Afiq ..konfem takde asma yer Nim. Anak Asnah (adik aku) ada Asma - baru lahir sebelum puasa hari tu, dia pakai ubat homeopati, nampak ok...bila banyak kahak jer, baby muntah keluar ngan lendir sekali. Lepas muntah nampak lega Haziq...

Mama Iman said...

Selamat Hari Raya Yan... dah nak abis pun raya baru aku perasan message ko. Sibuk dengan budak nak UPSR. Tak sempat nak buat apa pun. Alhamdulillah, Afiq dah sihat. Bila la dapat jumpa ko ek.... Kirim salam kat Sidiq. Take care Yan,

There was an error in this gadget