Semalam, kawan aku dok bercerita pasal kehidupan dia. Life after marriage. Well, memula mmg mcm tak percaya gak yg dia dah kawin. Tapi, jodoh kan... Ceritanya simple. And ada iras-iras cita aku gak, tp yg kureng best skit la. Dia, student mcm aku gak, ada anak sorang mcm aku gak, cuma muda sebulan dari Maisarah.
Dia habaq kat aku yg dia rasa sendiri dlm menguruskan rumahtangga walaupun suami dia ada. Dia ni mcm aku gak, jenis yg tak reti nak perintah org. Kalau org tu rasa nak buat, biar la dia dgn rela hatinya nak buat. Nak dijadikan cerita, dia yg masih belajar dan dalam masa yang sama bekerja dan buat part time (eh, apasal la pompuan ni macam asyik ikut aku je ni!!!) untuk sama-sama tampung sara hidup yang semakin naik tak penah turun.
Rutin hidup dia kira mcm ni la. Balik keje, kdg2 tak smpt duduk dia dah sinsing lengan baju wat mkn mlm untuk dia sekeluarga. Biasanya siap masak dlm kul 7 7.30 la. Pastu mandi, solat maghrib. Then, sama ada dia makan dlu atau suap si kecik (nama dia? errr... nak kena bagitau ke? errrr..... hehehhe.... ok la. bukan org lain tau pun sapa nama anak kwn aku nih. nama dia Aiman Haziq).
Then, nak kena kemas apa yg dah dimakan tu. Suami dia jaga la si Haziq ni. Main-main sambil tgk TV. Dia lak, kalu ada baju yg dah bertimbun minta dibasuh, maka dia pun basuh la. pakai mesin je pun. bukan susah na. sementara tunggu siap, anak dia pun dah nangis nak susu. Member aku ni susu badan. Jadi, tak blh tidak, Haziq mesti disusukan. Haziq ni pulak, suka na nak bergonggong dgn mak dia tu. terutama sekali bila nak tido. Jadi, mau tak mau, kawan aku ni pun terpaksa la merelakan je nak layan Haziq ni tido. Ye la. Jam dah kul 9 lebih. Buku tak baca lagi. Keje dia yg part time tu pun dia tak wat lagi.Tak wat keje, takde income. Kalau time sesak nanti, sapa nak tlg, ye dak?
FYI, susu bdn ni akan hasilkan satu hormon yg memberi ketenangan pada ibu dan anak. Jadi, dua2 tenang and dua2 pun tido. Maka leburlah lagi harapan ayah si Haziq ni, buku yang menunggu minta dibaca, kerja yang belum disemak, baju yang belum habis dibasuh, rumah yang belum habis dikemas seelok-eloknya, yang itu dan yang ini.
and si Haziq tu pulak, suka na menangis. Org tua2 kata, biasa la. BUdak nak besar. Mula2 elok je suami dia layan, tp dah asyik nangis je, org mana tak naik angin. Jadi kata member aku nih, kdg2 tu, dia baru je nak mula baca buku or wat keje dia, bila dengar si ayah tu dah mula naik suara, hati ibu mana yg blh rasa tenang. maka dia pun berhenti and amik anak tu masuk bilik untuk ditidurkan. pagi esoknya, dia bgn seawal 5 atau 5.30 pg untuk memulakan hidup baru dan rutin seperti biasa.
Yang wat member aku ni tension, dia kata suami dia ada la tlg2 gak. tapi tak pernah terasa puas dgn pertolongannya tu. (biasa la, manusia kan...) Kalau dulu time dia pregnant, suami dia la yg tlg basuh baju, sidai bj, basuh bilik air, masak kdg2. pendek kata, byk la yg dibantunya. Tp skrg dah tak lg. dia lebih byk duduk jaga anak sambil tgk tv. penat katanya. Balik rumah, ruang tamu tu la juga yang jadi bakul kumpul kain. Dia buka baju dan longgok situ. suma brg2 dia longgok kat ruang tamu tu. (teringat aku kat ustazah sorang dlu cerita lelaki ni kalau kain pelikat yg dipakai tu, boleh je dia londeh bulat kat satu tmpt and ditinggalkan. nanti nak pakai balik, dia masuk balik dalam bulatan tu and tarik je kain pelikat tu naik. pelik kan? alhamdulillah aku tak jumpa lelaki camtu. suami aku teratur orangnya. pantang dia nampak bebenda mcm tu. tinggi suaranya suruh lipat atau masuk je terus dlm bakul).
kesian juga aku dengar. tapi apa yg aku blh buat. bila aku bgtau suruh dia bincang elok2, mintak tlg suami dia bantu sikit apa yg perlu, dia kata kat aku' "aku tak sampai hati la nak suruh dia wat itu ini. Lagi pulak dia kalu balik keje selalu aku nampak penat yg amat. Jadi, aku buat je mana yg terdaya. Cuma kdg2 aku rasa pressure sebab assignment tak siap lg, keje pun tak wat lg. Suami aku bkn tak tau aku blaja lg. Dia pun tau aku ada byk assignment, tp dia dah jarang ringan tangan membantu."
Kata kawan aku lagi, "Aku bukan mintak dia urus semua benda. Cuma, sama-sama la membantu. Jgn jadikan ruang tamu tu mcm bakul kain. Mmg nmpk simple. Org kata ala, sikit je. Tapi, sikit-sikit, bukan ke nanti jadi bukit. Kalau sama-sama jaga rumah, takde la rumah tu bersepah. Aku bukan kedekut tenaga. Cuma aku juga perlukan tenaga dan masa yang terluang sikit tu utk aku baca buku and wat kerja part time aku tu. suma tu ada deadline. Dulu, sebelum kawin, takpe. Bukan lama sgt study tu, abg blh tlg. La ni, dah ada anak.... Study aku yg dah tak sampai berapa bln tu pn mcm dah jadi haru biru."
itu la katanya. Kesian mmg ada. Tapi.... sama-sama la pk. Aku pun tak mampu nak wat apa. CUma aku bersyukur sgt pada Allah, Dia kurniakan aku seorang suami yang sangat menenangkan hati aku dalam pelbagai segi.
Marriage is all about happiness and problems. You yourself have to struggle to ensure that your marriage life will be just fine eventhough not 100% smile all the time. But, for those who are married, the happiness lies on you, and your spouse. It cannot come from one side. Haru-biru jadinya macam kawan aku ni.
No comments:
Post a Comment