Jam ni last berhenti kul 10.45. Masa tu aku tgh bergegas nak pi sekolah. Kalut-kalut nak pakai jam. Dah siap sarung dah. Masa nak lock, terlungsur dari tangan dan jatuh terhentak. Terus diam tak gerak2 dah. Semalam, pi kedai jam nak kasi perbetul. Rupanya dia mmg dah tak leh gerak2 dah. Khidmatnya dah terhenti untuk aku. Aduuuhaii... sedih rasanya. Jam ni jam hantaran kahwin aku. Dah lebih 4 tahun berkhidmat. Brand Santa Barbara Polo & Racquet Club. Kaca jenis sapphire. Sangat tahan lasak. Aku tak penah tanggal sepanjang hari. Amik wuduk pun aku tak tanggal. Malam je aku put off. Jam ni aku beli sama design dengan hubby. Walaupun aku lebih suka bentuk empat segi, tapi sebab hubby suka jam bulat, maka aku ikutkan juga. Tapi jam ni pada aku sgt lawa... Lagi pula pemberian suami.... huhu.... La ni hanya tinggal kenangan je la. Aku simpan dalam lemari je la lepas ni.... iskk...iskk... Skrg jarum jam tu dah berubah sebab aritu aku try adjust2 n ketuk2 lembut and hoping that it could back to normal.... :(
Sunday, February 28, 2010
Saturday, February 27, 2010
Curious Sarah
Semalam kita pergi Jusco. Mama tengok Sarah leka belek jari. Mama ambil gambar Sarah dan kemudian mama biar Sarah terus belek-belek jari. Mama borak-borak dengan abah.
Tetiba Sarah tanya mama, "Mama, ni apa?" Soal Sarah.
"Mana?" Tanya mama.
"Ni..." Sarah tunjuk lubang-lubang kat pangkal jari Sarah.
Mama gelak kecil tengok Sarah. "Tu namanya lubang bulu roma. Kan ada bulu halus kat jari Sarah tu." Sarah tengok bulu-bulu halus tu. Pastu Sarah diam. Mama tengok Sarah terus belek jari.
Mama rasa terkejut campur kagum. Terkejut sebab tak sangka Sarah ada persoalan sebegitu. Kagum sebab Allah ciptakan kanak-kanak kecil penuh dengan sifat ingin tahu yang kadangkala tak terfikir oleh kita. Subhanallah.... Mama sayang Sarah.
Tuesday, February 23, 2010
Something to ponder upon....
Hilang
Jenuh juga dok cari senarai blog yang aku selalu follow.... takde doh.... huhu... mana ntah dia pegi. Tetiba je ilang ni.... uwaaa..... dah la tak ingat.... Terpaksa la korek cari memana yang aku ingat.
Actually, la ni dah 1.20 pagi. Mata dah agak ngantuk. Lagi plak wat keje dlm gelap. Tapi terpaksa tabahkan je ati ni sebab nak tunggu fail2 tu dilampirkan dalam emel. Fail apa? Fail keje freelancing yang aku wat selama ni. InDesign. So, failnya amat la besau. Jadi, masa pun lembab la gak. Hmmm... nak tidoooo......
Saturday, February 20, 2010
Ombak hidup
Ribut yang melanda hati,
Kadang-kadang bisa meranapkan binaan perasaan,
Mencederakan tiap inci rumah kasih,
Dan melukakan segenap ruang sayang.
Namun,
Sebaik ribut pergi,
Binalah kembali perasaan - moga hati kan merah semula,
Baikilah rumah kasih - moga sinarnya kan berseri-seri,
Rawatlah ruang sayang - biar sesejuk air di kali.
Pada yang Esa,
Panjatkan doa mohon rahmat dan hidayah,
Biar rumah kasih dan sayang,
Tambah teguh hari ke hari.
|
Friday, February 19, 2010
Makanan
Dah masuk hari ke-empat Syaza tak makan sangat. Mama susah hati dengan Syaza. Suap apa pun tak mahu. Yang Syaza suka, kismis, biskut, buah-buahan, roti, kerepek, keropok dan tak ketinggalan, susu mama. Tu je la yang Syaza suka makan. Nasi, bihun, mee bukan makanan ruji Syaza. Bila mama suap je nasi, Syaza mesti geleng. Bihun ke, mee ke, Syaza jarang makan. Jarang sangat. Kadang-kadang mama dah masak utk Syaza, pun Syaza tak makan. Kak Long Sarah lain pulak. Sarah makan apa aje. Kecuali buah. Apa je yang berkaitan dengan buah Sarah tak suka. Kismis ke, air buah ke... apa je la, mesti Sarah tolak. Bukan setakat tak makan, pegang pun Sarah tak nak... Mama tak tau nak bagi Syaza makan apa sebab apa yang Syaza makan, Sarah tak makan. Sup pun tak nak.... Aduuuuhaiii... anak mama nan sorang ni... |
Wednesday, February 17, 2010
5 days away
Lepas 5 hari berjauhan dari sebarang hubungan internet, baru hari ni aku dapat lepaskan rindu. Haha.... buka emel ada la dekat 30 emel. Tp 90% darinya adalah dari fb. Jarang aku dok bercuti meninggalkan rumah selama ni. dari hari sabtu smp pagi isnin balik kg hubby kat pagoh. pastu isnin pagi smp selasa ptg p rumah makcik kat parit sakai, muar. About 40 minutes frm hubby's kampung. Pastu, ptg selasa check in kat Puteri Resort Ayer Keroh, Melaka. Saja lepak2 sebelum balik semula ke rumah tghari tadi. Smp rumah, sebakul penuh yang sarat dengan baju sudah menanti untuk dicuci... Huhu.... |
Brilliant doctor!!!
hahhahahah....is he dr meh? mcm pnh jumpa.... oooooo....
|
Carbon copy
Semalam, masa kita jln2 shopping souvenir kat Tmn Mini Malaysia Ayer Keroh, Melaka, ada sorang peniaga cina tegur mama pasal Sarah dan Syaza.
"Haiyooo.... muka sama la. Mata pun besar..."
Mama cuma ketawa je bila dengar. Memang ramai orang kata muka Sarah dan Syaza sama. Sebijik. Saling tak tumpah. Tapi bila mama dok tengok anak-anak mama ni, tak pulak nampak samanya.... Puas mama tenung...
Jadi semalam mama snap pictures anak-anak mama yang sedang tido. Almost the same angle... And here what I've got.
Syaza dan Sarah. Mama have to admit, at last, you are alike.... :D
Friday, February 12, 2010
Bosan
Nak tunggu lagi 15 minit nak balik ni.... Bosannya... huhu... kelas abih kul 4.25 tadi. La ni takde aktiviti. hehehe.... cewah...cewah.... benonya, semangat nak cuti lebih dari segalanya..... |
Thursday, February 11, 2010
Kaki sakit
Lepas hubby urut malam tadi, kaki rasa lega skit. Tapi skait masih terasa. Kesan lari 4 x 100 semalam masa Kejohanan Olahraga SMK Kampong Jawa. Ingatkan aku mampu lari. Rupanya sangkaan meleset. Nasib je tak cramp. Heheh... Dapat no. 7 dari 8. Kehkeh.... Terer aku...
|
Wednesday, February 10, 2010
Hati yang risau
Mama seringkali diganggu rasa risau memikirkan Sarah. Semenjak last sekolah bulan lepas, Sarah tak nak sekolah langsung. Sebelum ni, kalu pi rumah Mama Jariah pun, Sarah akan cakap pi sekolah juga. Tapi skrg, bila sebut sekolah Mama Jariah, Sarah akan betulkan... "rumah Mama Jariah la, mama..."
Mama akui, rasa risau tu tak pernah kurang. Sekarang ni, mama cuba berusaha nak aturkan masa untuk ajar Sarah sendiri di rumah. Tapi macamana yea? Mama ada banyak komitmen di rumah. Mama belum sempat duduk bincang dengan abah lagi. Mama sangat berharap dapat didik Sarah dari rumah. At least, bila Sarah dah masuk sekolah 6 tahun nanti, Sarah dah boleh terus belajar. Cuma mama risau tengok gelagat Sarah yang susah sangat nak bercampur dengan orang lain. Kenapa yea anak mama macam ni?...
Tuesday, February 09, 2010
Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah Kampong Jawa
Esok kena bangun awal2 pagi. Agenda:
- 5.00 pagi: Masak nasi goreng cina untuk sarapan pagi hubby and bekal makan Sarah and Syaza kat rumah pengasuh.
- 5.30 pagi: Pam susu untuk fresh supply Syaza kat rumah pengasuh.
- 6.00 pagi: Bersiap ke sekolah.
- 6.15 pagi: Solat Subuh.
- 6.25 pagi: Bertolak ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang.
Hmmm... mampukah aku? hehehhe... awalnya!!!!
Syaza dah mula berjalan
Memang mama susah sangat nak snap pic Syaza berjalan. Asal mama on je kamera, Syaza mesti ke tepi. Syaza dah mula jalan since last week. Bila dah dapat jalan ni, mmg makin byk aktiviti yang Syaza buat. Habis satu rumah Syaza tawaf. Syaza pun dah mula pandai menyahut bila dipanggil. Sahutan Syaza pun cuma ada satu bunyi je. Ak..ak.. Macam burung gagak. Heheh... Gigi Syaza pun setakat ni dah tiga batang. Dulu cuma suka bihun, tapi la ni Syaza dah makan macam2. Kalau nampak kurma dan kismis, lagi bunyi ak..ak.. Syaza kuat.
Syaza senyum lebar lepas penat berjalan.
Tuesday, February 02, 2010
Anakku yang jujur
Kelmarin, masa p Giant, hubby bising pasal keta yang suka potong barisan. Ada satu tu betul2 wat dia hangat. Mula la dia membebel marah.
"Nak potong bagi la signal. Mangkuk betul!" Gumam hubby aku.
"Pinggan la abah!" Sampuk Sarah. Aku dah mula tersengih.
"Esok2, kalau Sarah dah beso, dah boleh bawa keta sendiri, jangan potong barisan. Potong keta ikut suka hati. Tak baik. Kena ikut barisan. Sabar. Kalau nak potong kereta, guna signal. Takde la orang marah..." Sambung hubby aku.
"Ok." Kata Sarah.
"Kalau nak potong kereta guna apa?" Uji hubby aku.
"Guna pisau la abah...." Jawab Sarah.
Hehehe.... pandai anak aku. Sungguh tulus hatimu, nak.
Subscribe to:
Posts (Atom)