Wednesday, February 10, 2010

Hati yang risau

Mama seringkali diganggu rasa risau memikirkan Sarah. Semenjak last sekolah bulan lepas, Sarah tak nak sekolah langsung. Sebelum ni, kalu pi rumah Mama Jariah pun, Sarah akan cakap pi sekolah juga. Tapi skrg, bila sebut sekolah Mama Jariah, Sarah akan betulkan... "rumah Mama Jariah la, mama..."

Mama akui, rasa risau tu tak pernah kurang. Sekarang ni, mama cuba berusaha nak aturkan masa untuk ajar Sarah sendiri di rumah. Tapi macamana yea? Mama ada banyak komitmen di rumah. Mama belum sempat duduk bincang dengan abah lagi. Mama sangat berharap dapat didik Sarah dari rumah. At least, bila Sarah dah masuk sekolah 6 tahun nanti, Sarah dah boleh terus belajar. Cuma mama risau tengok gelagat Sarah yang susah sangat nak bercampur dengan orang lain. Kenapa yea anak mama macam ni?...

No comments:

There was an error in this gadget