Saturday, February 27, 2010

Curious Sarah

Semalam kita pergi Jusco. Mama tengok Sarah leka belek jari. Mama ambil gambar Sarah dan kemudian mama biar Sarah terus belek-belek jari. Mama borak-borak dengan abah.

Tetiba Sarah tanya mama, "Mama, ni apa?" Soal Sarah.

"Mana?" Tanya mama.

"Ni..." Sarah tunjuk lubang-lubang kat pangkal jari Sarah.

Mama gelak kecil tengok Sarah. "Tu namanya lubang bulu roma. Kan ada bulu halus kat jari Sarah tu." Sarah tengok bulu-bulu halus tu. Pastu Sarah diam. Mama tengok Sarah terus belek jari.

Mama rasa terkejut campur kagum. Terkejut sebab tak sangka Sarah ada persoalan sebegitu. Kagum sebab Allah ciptakan kanak-kanak kecil penuh dengan sifat ingin tahu yang kadangkala tak terfikir oleh kita. Subhanallah.... Mama sayang Sarah.

No comments:

There was an error in this gadget