Tuesday, February 02, 2010

Anakku yang jujur


Kelmarin, masa p Giant, hubby bising pasal keta yang suka potong barisan. Ada satu tu betul2 wat dia hangat. Mula la dia membebel marah.

"Nak potong bagi la signal. Mangkuk betul!" Gumam hubby aku.

"Pinggan la abah!" Sampuk Sarah. Aku dah mula tersengih.

"Esok2, kalau Sarah dah beso, dah boleh bawa keta sendiri, jangan potong barisan. Potong keta ikut suka hati. Tak baik. Kena ikut barisan. Sabar. Kalau nak potong kereta, guna signal. Takde la orang marah..." Sambung hubby aku.

"Ok." Kata Sarah.

"Kalau nak potong kereta guna apa?" Uji hubby aku.

"Guna pisau la abah...." Jawab Sarah.

Hehehe.... pandai anak aku. Sungguh tulus hatimu, nak.

No comments:

There was an error in this gadget