Friday, February 19, 2010

Makanan

Dah masuk hari ke-empat Syaza tak makan sangat. Mama susah hati dengan Syaza. Suap apa pun tak mahu. Yang Syaza suka, kismis, biskut, buah-buahan, roti, kerepek, keropok dan tak ketinggalan, susu mama. Tu je la yang Syaza suka makan. Nasi, bihun, mee bukan makanan ruji Syaza. Bila mama suap je nasi, Syaza mesti geleng. Bihun ke, mee ke, Syaza jarang makan. Jarang sangat. Kadang-kadang mama dah masak utk Syaza, pun Syaza tak makan.

Kak Long Sarah lain pulak. Sarah makan apa aje. Kecuali buah. Apa je yang berkaitan dengan buah Sarah tak suka. Kismis ke, air buah ke... apa je la, mesti Sarah tolak. Bukan setakat tak makan, pegang pun Sarah tak nak... Mama tak tau nak bagi Syaza makan apa sebab apa yang Syaza makan, Sarah tak makan. Sup pun tak nak.... Aduuuuhaiii... anak mama nan sorang ni...

No comments: