Monday, December 26, 2011

Saya cuai....

Ya... saya cuai... padan muka saya... huaaaa...... Apa yang cuainya? Pagi tadi aku sampai rumah mak, terus letak barang-barang atas meja kopi. Telefon, beg anak, buku cerita. Lepas tu aku lepak-lepak, makan-makan, borak-borak. Sambil-sambil tu, dok tunggu la anak buah terkecil takat ni, Alif Firdaus bangun dari tidur sebab hari ni adalah hari ulangtahun yang pertama dia. Firdaus ni, amatlah comelnya. Pipi tembam, kaki tembam, segala bagai tembam. Perangai pun dah makin cute dan buat orang yang memandang memang geram. 


Bila dah bangun, Firdaus merayau ke hulu hilir. Biasa la... dia memang tak tahu duduk diam. Sampai la satu ketika dia menghilang kat luar dan adik ipar aku nampak dia kat luar tengah main air dalam baldi. Lepas tu aku dengar suara jeritan mak dia yang turut sekali kat luar. Tak lama lepas tu mama Firdaus ni dok hulur aku satu telefon yang amat aku kenal yang telah basah terendam. Uwaaaa..... Kata adik ipar aku, telefon tu dah sampai dasar baldi pun. Huhuu... entah berapa lama la dok terendam kat situ.

Aku pun terus cabut bateri dan asing-asingkan bahagian dalam telefon. Lepas tu aku jemur kecuali bateri dia aku lap kering. Sat tadi, En. Bard keringkan pakai blower dan hulur kat aku semula. Jelas sangat ada bintik-bintik air. Tak tahu boleh hilang ke tak. Tapi, aku harap boleh la guna untuk jangka masa yang lebih lama... Si Firdaus ni pun macam tahu-tahu je aku dah nak dapat gaji. Huhu..... 

Friday, December 23, 2011

Graduation Day

Cerita ni dah lama. Bulan 11 lepas. Tapi mama rasa masih perlu mama muat naik gambar Kak Long. Sekadar rekod untuk tatapan Kak Long dan bakal suami Kak Long nanti. Al-Kindi Garden Concert and Graduation 2011 was held on 17/11/2011. Kali ni kali pertama diadakan waktu malam. Jadi, sempat la mama datang tengok. Sarah pakai baju warna merah dan kain batik merah serta tudung sekolah dari rumah. Sarah nak pakai baju lengan panjang kat dalam sebab Sarah kata, kalau nak pakai tudung, Sarah kena pakai baju lengan panjang (macam pernah dengar je kata-kata tu. heheheh....). Jadi, mama pakaikan Sarah baju warna meraj jambu. Bila sampai sekolah, mama jadi pelik sebab majoriti murid pakai baju melayu. Ada la beberapa orang pakai macam tak ikut arahan cikgu. Macam Sarah la. Pakai baju kemeja la, jubah la. Bila mama tanya cikgu, cikgu kata nanti tukar. Pelik sungguh rasa bila banyak acara dah berjalan, tapi Sarah masih lagi tak tukar baju. Mama jadi risau juga. Rupa-rupanya, memang Sarah sengaja dipakaikan baju tu. Sebab Sarah masuk acara tilawah antarabangsa. Hehehe.... Sarah hafal surah Al-Lahab. Laju je Sarah baca. Padan la Sarah selalu baca di rumah. 

 

Bila dah selesai acara tu, baru la Sarah tukar baju Melayu warna biru yang Sarah pinjam dari Haraz. Dalam ramai-ramai tu, Sarah je tak ada kain pelikat buat selempang kat bahu. Dikir barat ni dalam Bahasa Arab. Sarah selalu nyanyi kat rumah. Mula-mula mama ingat cikgu saja-saja ajar. Rupanya, bila satu hari Sarah dok buat gerak dikir barat, baru la mama perasan yang Sarah ada buat persembahan. Comel mama tengok anak mama kat atas pentas. Rasa terharu pun ada dan tak sangka anak mama dah besar. 






Tok Mak, Moksu, Kak Azie, Hakim, Kak Yana dan Kak Sari pun sempat datang tengok Sarah buat persembahan.Tahun depan, Sarah enam tahun. Masuk sekolah yang sama. Cuma kena lebih rajin supaya Sarah boleh terima hadiah tahun depan. :) Mama, abah, Kak Ngah love you very much.


Tuesday, December 13, 2011

Dua cerita

Lama sungguh tak kemaskini blog. Pada kawan-kawan yang keluar masuk ke alamat ni dan tengok ia tidak dikemaskini, maaf sangat-sangat ye... Bila cuti sekolah ni, rasa nak menulis tu kurang la pula. Hehehe... Rasa nak duduk berehat je 24 jam. Blogwalking pun dah jarang-jarang sebab jarang buka blog sendiri. Sangatlah hampeh kan? Hahaha....

Anyway, nak cerita beberapa kisah. Ada satu tu, rasanya sangat penting sebab pasal Sarah. Kena juga simpan rekod walaupun mungkin ada yang tak sudi membaca. Cuma, disebabkan kali ni aku buka komputer dan bukan komputer riba, maka tak boleh la nak muat naik gambar Sarah masa hari graduasi dan konsert mini 2011 dia yang baru lepas tu.

Cerita 1
Hajat aku nak ke kelas penyusuan akhirnya tercapai juga. Seronok sangat sebab dapat ikut serta kelas menyusu tu dengan pengasas Lunatots, Cik Sue... Kalau nak ke kedai dia, boleh juga klik di sini. Walaupun sudah banyak yang aku tahu pasal penyusuan susu ibu ni, tapi ada juga ilmu dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Paling seronok sebab dapat kenal Sue secara lebih dekat, Pn. Hazarina, (orang kuat di Lunatots di Putrajaya) dan rakan-rakan sekelas yang lain, Kak Lily dan suami, Suzie (yang tak dpt hadir bersama suami sebab suami bekerja di saat-saat akhir) dan Basley serta suami (maaf kalau salah eja). Tak tergambar rasa seronok berkongsi ilmu bersama-sama. Dan hasil kelas tersebut, aku juga mula berminat untuk memulakan cara yang baru dalam membesarkan anak-anak. Insyaallah, lepas ni, aku akan guna lampin moden untuk anak ketiga nanti. Harap-harapnya aku mampu dan tak malas. Hahaha.... Nanti aku akan cerita tentang lampin moden tu ek. Doa je la aku ada masa nak menaip. Hehehe...

Cerita 2
Baru sat petang tadi ke Klinik Rosnah. Encik Bard disahkan mempunyai nisbah kolesterol yang tinggi. Dengan apa? Halahai.... cerita Dr Rosnah tadi panjang. Dan la ni aku dah tak berapa ingat apa dia cerita. Nak godek balik fail tadi pun terasa malas sebab sat lagi, Cik Syaza pasti datang jemput aku sekali lagi masuk bilik untuk tidur (walaupun dia sebenarnya baru je bangun tidur sebab seharian tak tidur hari ni). Tapi yang pasti, Encik Bard kena makan ubat anti kolesterol selama 3 bulan sebelum mengulang ujian darah bulan 3 nanti. Lepas tu, dia juga kena makan minyak ikan. Dan yang mencabarnya, pemakanannya perlu dijaga rapi. Makan oat, kurangkan makanan lemak tepu, bergoreng. Lebihkan makanan kukus, rebus dan bakar. Aku kena cuba untuk mula memasak semula. Huhu... Semenjak makin sarat ni, makin malas rasanya memasak dan lebih banyak makan di luar. Lagi pula bila masa memasak dan membasuh pinggan, perut bulat ni akan bertembung dengan sinkiyang membuatkan aku rasa kurang selesa dan cepat sakit pinggang. Tapi, insyaallah, aku akan cuba yang terbaik untuk Encik Bard yang tercinta. Kawan-kawan.... doakan aku sihat untuk memasak semula yea... hehhehee...

Ok la. Sebenarnya, sebelum menghadap komputer sat tadi ni, aku dah makan ubat selesema yang mengantuk. Jadi, rasa sekarang mengantuk itu sudah datang berkunjung kot. Makanya, aku kena masuk tidur. Plus, encik Bard sudah sound suruh tidur. Hahaha... Gud nite friends... See u again... Huhu....

Tuesday, November 15, 2011

Jadual persekolahan, cuti penggal dan cuti umum

Ini kalendar persekolahan dan kalendar cuti sekolah. Sekadar berkongsi untuk kegunaan bersama. Sila ambil perhatian bahawa guru tidak tertakluk kepada cuti penggal sebanyak 87 hari sebab ada banyak aktiviti yang dijalankan di luar waktu sekolah seperti perkhemahan, jaga peperiksaan, bertugas di sekolah, kelas tambahan dan banyak lagi. 87 hari cuti persekolahan itu hanya untuk pelajar sahaja. hhohoho... Harap maklum. 








Monday, November 14, 2011

Guru bertugas

Aku jadi guru bertugas untuk minggu terakhir persekolahan ni. Yang syoknya, aku memang tak sedia apa-apa pun untuk hari ni sebab ingatkan, aku hanya sekadar guru pembantu je. Rupanya pagi tadi, GPK 1 panggil dan ingatkan tugas aku minggu ni dan ingatkan juga untuk aku beri ucapan. Errk.... sungguh.... aku terkedu. Aku teringat kata-kata Hasniza hari tu yang dia pernah jadu guru bertugas dan berucap depan perhimpunan. Tapi, budak-budak senyap dan tak beri sebarang reaksi. 

Masa perhimpunan tadi, sebagaimana yang telah diduga, pelajar tak banyak beri reaksi. Respon mereka sangat kurang dan aku rasa secara keseluruhannya, mereka tak faham pun apa yang aku cakap. Aduhaii.... Memang sangat payah nak berdepan dengan situasi perbualan itik dan ayam... Tapi, hakikatnya, ini la yang terpaksa aku hadapi untuk tahun akan datang. 

Tugas-tugas yang sudah ada dalam senarai untuk tahun depan adalah guru penasihat untuk Pengakap, Persatuan Bahasa Inggeris, Kelab Bola Jaring. GPK Kokurikulum juga dah beritahu awal-awal yang aku akan jadi ketua penasihat antara tiga tu. Dan tahun depan juga, aku akan pegang jawatan Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Gugup dan takut juga. Bukan senang jadi KP dalam suasana yang begini. Dengar cerita juga peruntukan untuk aktiviti payah untuk diminta. Satu lagi cabaran besar untuk aku. Moga-moga aku mampu bertahan...

Minggu lepas pula, aku baru selesai satu aktiviti RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan). Sekolah aku hantar budak menari untuk tarian melayu. Jadi, sempat la latih buat tarian Lodeh Hai Mak Lodeh. Ingatkan nak buat zapin. Tapi tak sempat sebab langkahnya nampak susah dan perlu masa yang lebih panjang. Alhamdulillah, bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi sekolah aku dapat pujian sebab tariannya cantik dan menarik. Hehehe... seronok la sikit.








Ni antara gambar yang aku sempat rakam masa nak pergi program RIMUP di SJK (C) Jenjarom. Dapat juga rakam sikit. Agak sedih sebab tak dapat tengok persembahan anak-anak didik aku sebab tengah seronok merakam video, kakak aku telefon. Jadi, rakaman video guna telefon tangan tu terhenti la. Hhuhu... apa pun, ini memang pengalaman yang menyeronokkkan.

Thursday, November 10, 2011

Tak nak kawan...

Ni catatan tertangguh. Mama tak sempat nak muat naik sejak ditulis. Kak Ngah keluarkan dialog ni masa kita dalam perjalanan nak balik ke rumah lepas menyambut Aidil Adha di kampung 7 November 2011 yang lepas. Dialog menyentuh jiwa dan perasaan. Hehehe....

La ni kak ngah dah pandai buat dialog. Dalam perjalanan balik dari kampung tadi, kita singgah di Hentian Ayer Keroh. Beli buah dan jagung buat bekal makan dalam kereta. Masa nak masuk kereta, kita lalu depan mesin penimbang. Kak ngah sibuk minta duit syiling nak timbang diri kat mesin tu. Mama kata tak boleh sebab baru kelmarin kita timbang.

Kak ngah merajuk dan tak nak kawan dgn mama dan abah. Yang kelakarnya, dalam kereta kak ngah berdialog:
"Adik tanya, mama, boleh tak adik nak timbang? Mama kata tak boleh. Adik tak nak kawan mama. Abah. Adik kawan dgn kakak aje".
Huhu.. Makin pandai..