Hari ni dah masuk hari ke 11 aku 'berpantang'. Usia Syaza juga dah masuk hari ke-11. Alhamdulillah, aku dapat seorang lagi puteri. Buat peneman Iman Maisarah. Setakat ni, tak terasa sangat beranak kecil sebab Syaza tak banyak ragam macam kakak dia yang memulakan operasi tangisan dari jam 12 tengah malam sampai la ke subuh. Memang letih masa jaga Maisarah dalam hari dulu. Tapi bila dah makin meningkat dewasa ni, Sarah la pembantu, penyejuk hati kami sekeluarga. Bukan mudah nak dapat anak sebijak Sarah.
Syaza? Lahir-lahir pada 19 Januari 2009 pukul 11.33 p.m, dia dah melalak sekuat-kuatnya. Jauh beza dengan Sarah yang cuma menguek sekejap je. Syaza lahir dengan berat 3.45kg, lebih berat 100 gm dari Sarah. Aku sakit pun tak lama. Dari pukul 6.20 petang 19hb tu, sakit sikit2. Pastu, kebetulan check up malam kat Pusat Bersalin Barakah, jalan Syaza nak kuar dah terbuka 3cm. Lepas doktor pecahkan air ketuban, pukul 10.20, dah terbuka 5cm. Doktor bajet kul 1. Aku pun pk la dok pujuk hati untuk dapatkan tarikh yang best skit (20/01/2009). Tapi Syaza kuar di saat2 akhir sebelum 19 Januari melabuhkan tirai.
Nama Iman Syaza Wafiah ni, bermaksud Iman (Kepercayaan) yang harum dan sempurna. Suami aku yang letak nama ni lepas aku cadangkan Iman Syaza atau Iman Wafiah, betul2, sebulan sebelum Syaza lahir. Banyak gambar Syaza yang sempat aku amik. Tapi since berpantang kat rumah mak aku, tak sempat lagi nak upload gambar dari kamera ke laptop. Nanti, bila dah balik aku post gambanya ek!
No comments:
Post a Comment