Sunday, January 11, 2009

Syaza tak sihat

Syaza tak sihat sejak hari Rabu lagi. Mama memang risau yang amat. Malam pun tido tak nyenyak. Kejap2 jaga dan merengek. Mama pun tido tak cukup. Syaza pulak memang kuat nyusu time tak sihat ni. Mama bukan tak suka. Cumanya, Syaza bak kata orang Jawa, suka ngempeng. Susunya tidak sangat, cuma nak melekap je. Sakit jugak mama rasa. Tambah lagi, Syaza baru je tumbuh gigi atas. Pelengkap set nak mengacip tu memang ada.

Sejak hari rabu tu, Syaza asyik kuat taik mata je. Doktor kata Syaza selesema. Bukan sakit mata. Taik mata tu kuar sebab dia block errr... block apa ek? Mama pun lupa. Pastu, baru arini hingus Syaza kuar. Malam badan Syaza panas. Memang mama tak leh nak tido rasanya. Kesiankan anak mama. Pastu, kalau mama ada, memang Syaza akan melekap je dengan mama sepanjang waktu tak sihat ni. Kadang-kadang mama hilang sabar gak sebab banyak kije lain nak wat. Tapi apa kan daya. Anak mama, kena la layan gak....

Sian anak mama. Layu je mukanya...

No comments:

There was an error in this gadget