Monday, January 12, 2009

Pendaftaran KPLI

Hari ni hari pendaftaran KPLI untuk semua calon yang berjaya melepasi M-Test dan temuduga untuk pengambilan KPLI tahun 2009 yang dibuat tahun lepas. Aku rasa..... sedih juga sebab tak termasuk dalam mereka yang tengah sibuk2 mendaftarkan diri dan menjadi pelajar semula. Tapi, yang seronoknya, aku tak perlu memikirkan macam mana nanti Maisarah nak bangun tidur dan melihat aku serta adik baby dia takde dekat sisi. Seronok sebab aku tak perlu memikirkan macam mana nanti hubby aku nak handle Maisarah yang kuat merajuk dan cepat menangis kalau ada benda yang tak dapat dipenuhi. Buat masa ni, aku masih tetap bersyukur, sebab walaupun aku belum lagi ada rezeki untuk menjadi guru tetap, tapi aku masih diberi peluang untuk memperbaiki diri menjadi ibu yang baik. Insyaallah, habis pantang nanti, aku masih boleh sambung kontrak sebagai GSTT. Pasti ada rezeki untuk anak yang bakal lahir ni....

No comments:

There was an error in this gadget