Sunday, January 04, 2009

2nd Day at School

Bangun pagi tadi Sarah ok je. Mama siapkan Sarah dengan baju kurung dan beg. Sampai kat sekolah, sekolah dah riuh dengan suara budak menangis. Mama dapat rasa yang Sarah dah cuak. Sama gak dengan apa yang mama rasa. Sarah memang excited to go to school. But when you reached school and you heard kids crying, mama believed that you wanted to go home than school. Nak buka selipar pun Sarah macam nak tak nak je. Pulak tu kena masuk kelas murid 4 tahun. Sorang daripadanya tengah melalak-lalak macam kena dera. Sarah dah pegang kain mama dah masa tu. Puas mama pujuk Sarah duduk dengan sorang kawan yang diam. Tapi Sarah tak nak. Pastu, mama letak juga Sarah kat sebelah kawan tu. Bila mama nak langkah keluar, Sarah pun nangis juga macam sorang murid tu. hehehe.... Mama rasa kesian la pulak. Sarah kata nak duduk dengan ummi. Nasib baik ummi datang mintak kat muallimah supaya Sarah duduk sebelah Kak Yana. Bila dapat duduk sebelah Kak Yana, baru Sarah senyap. Itu pun muka masih nampak cuak. Mama bagitau kat Sarah, mama nak balik dengan abah. Tapi Sarah geleng. Sudahnya, mama pergi perlahan-lahan.

Tapi hati mama berat sangat nak pi. Mama rasa mama lak yang nak nangis kat situ. Mama takut anak mama nangis. Mama terbayang Sarah meronta-ronta nangis kalau muallimah nanti amik Sarah and bawa Sarah masuk kat kelas 4 tahun. Sebab Kak Yana dah masuk kelas 6 tahun. Aduuhaiii.... Sampai la ni mama takde selera nak makan walaupun mama belum lagi breakfast. Mama kenal Sarah yang susah nak masuk dengan orang baru.... Ntah la.... mama serah pada Allah je. Mama rasa, esok adalah hari yang lebih sukar untuk bawak Sarah pi sekolah. hmmmm.....

No comments:

There was an error in this gadget