Wednesday, January 07, 2009

Sarah nak berhenti sekolah

Hikhik... Beria Sarah nak sekolah. Makan bulan juga nak menghangatkan semangat Sarah. Tapi lepas masuk hari ketiga, Sarah tak nak sekolah dah. First two days, Sarah ok je. Cuma bila semalam, Sarah dipisahkan dengan Kak Yana, Sarah jadi phobia nak ke sekolah. Mama lak memang tak blh tgk anak mama nangis. Jadi, pagi semalam, abah yang hantar. Abah kata, memula Sarah ok je. Tapi lepas mualimah tarik Sarah masuk kelas 4 tahun, Sarah menangis tak henti. Sampai bila Sarah diberi kebenaran duduk dengan Kak Yana, ummi kata Sarah duduk atas riba Yana. Sarah dah la besar. Duduk atas Kak yana yang sama besar tu. hehehe.... Mama dapat bayang macamana. Sedangkan abah sendiri pun boleh cramp kaki kalau Sarah duduk atas riba abah.

Bila mama dengan abah amik semalam, Sarah dah nangis tengok mama dengan abah. Sarah cakap dengan mama yang Sarah tak nak sekolah. Sebab nanti mualimah tarik Sarah masuk bilik kecik. Huhu... sian anak mama. Jenuh juga nak pujuk. Tapi akhirnya abah kata, "Takpe la. Sarah tak payah sekolah lagi". Sebenarnya mama sedikit kecewa bila mualimah tu tak guna pendekatan psikologi untuk didik anak mama stay kat sekolah. Tak tau la orang lain. Mama rasa takde salahnya Sarah duduk sebelah Kak Yana sampai Sarah boleh adapt with school environment. Belajar tak penting untuk umur macam Sarah. Dia dapat belajar dapat with school environment is more than enough. Mama believe that Sarah can catch up with lessons very fast. Takpe la nak... next year ek. Mama will always love you.

Baru kejap tadi. Sarah tetiba cebik tengok tv cita Semanis Kurma. Bila mama tanya kenapa, Sarah kata Sarah tak nak sekolah Kakak Yana.... Sarah... Sarah...

No comments:

There was an error in this gadget