Sunday, December 27, 2009

Sesak nafas

Alhamdulillah, aku masih bernyawa lagi. Dah dua hari kalau tak silap aku selesema. Malam tadi hidung aku tersumbat. Seksa betul rasanya nak bernafas guna mulut. Terasa agaknya macam ni la orang yang nak mati. Nafas rasa tersekat2. Malam tadi dah fikir macam2. Boleh ke Syaza susu guna susu tin? Dok kira2 stok susu yang aku simpan rasanya paling2 pun untuk seminggu. Fikir2 lagi mampu ke suami tersayang jaga anak2 tanpa aku. Sudahnya, malam tadi aku tido sambil duduk dan pangku Syaza menyusu. Pukul 4 baru mampu tido berbaring. Itupun aku tinggikan bantal. Pagi tadi bangun, tengkuk rasa sakit yang amat. Tapi, alhamdulillah, aku masih bernyawa. Allah masih berikan aku masa untuk terus hidup.

Bila fikir2, kita ni selalu lupa yang kita akan mati. Tak ingat langsung yang kita ni manusia. Rasa macam seolah-olah kita akan hidup lama dalam dunia ni. Senang cita, takde rasa yang kita akan mati walaupun setiap hari kita dikelilingi dengan berita2 kematian. Lama juga rasanya, aku patut kembali semula pada Dia. Bukan aku tidak langsung mengingatinya. Cuma aku selalu lupa....

No comments:

There was an error in this gadget