Thursday, January 13, 2011

Sarah dan nombor 3

Minggu ni dah masuk minggu kedua Sarah sekolah. Mama pun tak sempat tengok-tengok lagi apa yang Sarah dah belajar di sekolah. Malam tadi, mama lepak dengan Sarah dan Sarah minta buku dan pen. Mama bagi dan lepas tu mama tengok tv. Tiba-tiba Sarah panggil mama. Suruh mama tengok nombor 3. Mama saja-saja je tengok sebab tak terfikir pun Sarah boleh menulis. Ye la... baru masuk usia dua minggu di sekolah. Tapi memang mama terkejut sebab Sarah memang tulis nombor 3! hehehe.... Nanti mama upload gambar tulisan Sarah yang baru kali pertama muncul tu ek. Ada masalah dengan telefon. Tak boleh nak salin masuk ke dalam blog ni ataupun pemacu keras mama. kenapa entah.

Lepas tu Sarah tulis nombor satu, huruf C (tapi terbalik la pula) dan huruf ) banyak-banyak. Mama rasa seronok tengok Sarah seronok ke sekolah. Sarah tak ada masalah langsung nak ke sekolah. Bukan macam masa Sarah sekolah di PASTI Bt 10 dulu. Barangkali, pendekatan yang diambil guru al-Kindi ni buat Sarah tidak ada masalah untuk sekolah. Kawan Sarah yang gemuk tu pun Sarah kata dah masuk kelas. Minggu lepas, dia tak mahu masuk kelas dan asyik menangis. Jadi, tiap kali datang sekolah, cikgu bagi dia sebakul mainan dan dia duduk main di pintu depan sekolah. Dan semalam, Sarah lapor kat mama yang kawan Sarah tu dah masuk kelas dan mula belajar sama-sama dengan Sarah. Pada mama, itu la cara nak tarik anak datang ke sekolah. Bukannya seret dan paksa si kecil masuk kelas dalam keadaan terpaksa dan menangis. Tentu sekali suasana di sekolah jadi celaru dan haru-biru. Tu tak campur lagi ibu dan bapanya yang susah hati bila si anak tak mahu sekolah keesokan harinya.... Alhamdulillah.... kerisauan mama dah hilang. Mama seronok tengok Sarah nak ke sekolah. :D

No comments: