Thursday, January 20, 2011

Praktikum

Aku mula praktikal di SK kat Klang hari Isnin lepas. Hari pertama melapor diri pun, dah terasa yang diri tak dialu-alukan. GB siap kata lagi yang kehadiran kami ni menganggu kelancaran sekolah. Hari pertama dah dapat jadual. Cuma belum masuk mengajar. Murid-murid semua ok. Tak ada masalah. Cuma sambutan guru-guru pagi kat situ sangatlah dingin dan sombong. Nak dapatkan buku teks pun rasa macam peminta sedekah. Cikgu SPBT sekolah tu macam lari-lari dari membantu kami. Tapi cikgu kaunseling sangat bagus. Macam biasa la. Mereka memahami dan membantu sedayanya.

Tapi semalam motivasi aku turun. Sebabnya GB beritahu satu lagi kenyataan yang macam hampeh je.... Kami diberi dua kelas (berbanding sebelum ni cuma 1 kelas untuk English) dan kena berkongsi dengan guru asal tu. Sebab yang diberi agak menyakitkan hati. "Sayang budak-budak".

Dengan kata lain, guru pelatih boleh merosakkan masa depan murid sebab guru pelatih tak pandai langsung nak ajar. Ooo... kalau macam tu... why did u accept us in the first place? Memang menyakitkan hati... Tapi, terima je la....

Bukan tak suka berkongsi kelas. Cumanya, masalah timbul nanti bila nak menyediakan rancangan mengajar. Guru sedia ada suka guna buku teks. Sedangkan kami tak digalakkan guna buku teks. Jadinya, akan ada pertembungan kat situ. Kami akan gunakan banyak BBM yang mungkin tak kena dengan buku teks. Jenuh juga fikir nak buat macam mana.... Rasa macam nak terbang pergi ke SK Bukit Tinggi. Tapi berangan je la....

Pasal level of English for most of the students, can say average.... However, we still have to use fully English and no translation in Malay.... huhu.... Walaupun GB buat motivasi merudum gila sampai terfikir nak cari rubrik untuk gred gagal... Tapi aku takkan buat masa depan murid-murid tu merudum.... Dan aku macam tak rasa nak belikan hadiah macam SJKT Sg Renggam... Takde hati pun. Menjalani latihan hanya sekadar menjalani latihan. Target Cemerlang tu dah macam tak nampak dah.... Rasa-rasa macam dah tenggelam kat laut kot.... hahahah....

3 comments:

aainies said...

dugaan ... sbr ye akk...
moge dipermudah urusan disituu...
ish2 xpatot betol GB mcm tuh.. uhuh~

syayassir said...

hmm, biasalah tu cabaran bakal guru. sebab, esok masuk sekolah lagi besar cabarannya... harap sabar dan tabah selalu... abaikan aje masalah2 tu, yang penting praktikum tu cemerlang... :)

Mama Iman said...

ain: dia ada dia punya motif yg dia je tau.... hehehe... org nk bersara... cm tu la...
syayassir: biasa la tu... mmg cikgu mcm2 cabaran. cuma meluahkan rasa. jd kalu dah puas luah, dah takyah pikio... wat je... lalui je hari2 tu mcm biasa. dah takde apa nk takut... hehehe....

There was an error in this gadget