Sunday, January 23, 2011

Sudah terhantuk baru terngadah..

Agaknya Syaza memang dah ngantuk sangat kot. Tadi, bila dengar je bunyi loceng aiskrim, adik terus bangun dan berkejar ke pintu. Tapi tak sempat sampai pintu, adik tersadung tikar dan jatuh tersungkur... kepala terus terhantuk kat bingkai pintu... adussss.... mama dapat rasa sakitnya sekali. Terus mama sambar adik dan pangku. Benjol besar! Abah pula cepat-cepat ambil pek ais dan letak kat kepala adik. Sambil meraung-raung sakit, adik tolak juga pek ais tu. Hehehe... Mujur juga dituam. Kalau tidak agaknya, boleh naik sebesar bola pingpong.

Bila mama tunjuk kat adik gambar yang mama ambil (sebenarnya nak tunjuk benjol), adik terus merengek. Ingatkan sebab sedih tengok benjol kat kepala. Adik gosok-gosok mata. Lepas tu tunjuk mata. Rupa-rupanya.... adik nampak kesan mata merah (kesan ambil gambar) kat mata adik. Adik ingat mata adik dah rosak. hahahah... kelakar la...

p/s: Walaupun mama belum siap rancangan mengajar untuk esok (pensyarah mama dah minta. Siap sms mama dan minta dihantar melalui emel lagi... hhuuhu...), tapi mama nak juga kemas kini blog mama. Sebelum mama pulun untuk rancangan mengajar kejap lagi. Between, my blender is not functioning. En. Bard tak nak beli yang baru ke? heheheh... Tak larat nak menumbuk je guna lesung untuk masak.... ahakss...

2 comments:

gula kapas said...

Salam Nim, aku due bulan 5 tahun ni. Kesiannyer anak ko teragul yer...Takper..kalau jadi telur boleh goreng kan..heheheheh..jangan marah nim.

Tula...adikx aku semua dah nak jadi bini orang...alhamdullilah, dah kurang tanggungan sikit..ko skrg macam mana, puas bersilat nampaknya.

Takper..bersusahx dahulu, bersenangx kemudian...Nanti dah start keje lagi sakit kepala...

Mama Iman said...

Alhamdulillah, ur life is getting better. Mcm nmpk lebih teratur ek... Tu la... Syaza ni a bit clumsy skit. Bdn dah penuh parut. hehehe....

Bila adik ko nk kawin? bln 5 yea?... Jaga diri ko ek. Bgtau bila dah bersalin sok. Take care... :D

There was an error in this gadget