Thursday, February 23, 2012

Rentetan Permulaan Hidup Muhammad Afiq Bhgn I


13/2/2012

11.40
Sempat tunaikan solat Isyak dengan abah. Dah ada keluar darah sikit. Mama cuma ganti pad bersih je. Lepas solat, abah tak dibenarkan duduk sekali sebelah mama sebab malam ni ada 2 orang pesakit dalam bilik Fatimah ni. Mama ingat nak ambil satu bilik seorang tapi dah penuh. Jadi, tinggal la mama sendiri. Mama penuhkan waktu lapang dengan baca yasin.

0005
Nurse datang dan pasang mesin CTG untuk 20 minit. Mama sempat tanya tentang pesakit yang la ni ada dalam bilik bersalin. Nurse kata, pesakit tu nak melahirkan anak pertama. Baru buka 5cm. Huhu.. Lambat lagi. Mama pula secara asasnya idak la sakit sangat.

0030
CTG tamat. Nurse suruh mama tidur dulu. 4 jam lagi dia akan datang periksa. Mama tak boleh nak lelap. Mama keluar borak2 dgn abah.

0050
Abah pergi McD nak beli makanan tapi malangnya tutup. Pelik. Huhu.. Jadi mama masuk bilik balik.


0215
Cuba lelapkan mata tapi tak boleh. Rasa tak selesa. Jadi mama ambil keputusan nak balik. Tidur kat rumah dan datang balik pagi esok. Mama tidur lena kat rumah.

14/2/2012

0900
Mama pergi semula ke Pusat Bersalin Barakah.

1030
Ubat buang air besar dimasukkan dan tak lama lepas tu air ketuban dipecahkan. Masa tu laluan baby dah buka 5cm.

1105
Sakit yang amat sangat bermula. Kali ni mama tak ambil gas ataupun suntikan tahan sakit. Penopang kaki pun mama tak guna. Tak tau kenapa tapi kali ni mama masih boleh bertahan. Mama cuma kawal pernafasan. Bolehlah nak kurangkan sikit rasa sakit. Tapi, memang sakit nak bersalin tu tak ada lagi tandingannya. Guna la gas ataupun suntikan atau kawalan pernafasan, sakit tetap terasa.

1120
Bukaan dah jadi 8cm dan mama dah mula meneran. Doktor jangka 2 3 kali teran, baby terus keluar. Macam Kak Ngah. Tapi, bila nampak kepala adik baby yang besar, baru doktor kata berat adik baby di luar jangkaan. Sudahnya, mama terpaksa dibantu dengan vakum untuk keluarkan adik baby. Mama tak henti sebut nama Allah sebab sangat lega dengan kejayaan pertarungan jihad mama. Adik baby menangis kuat sebaik lahir tepat jam 12.18. Lepas luka mama sepanjang 1 inci dijahit, mama dipindahkan ke Bilik Khadijah. Tak lama lepas tu, adik baby juga disorong masuk. Sungguh, mama rasa seriau dan bagai terasa-rasa lagi perihnya bersalin bila abah beritahu mama yang berat adik baby ialah 4.16 kg. Subhanallah! Dan mama lahirkan adik baby secara normal dengan bantuan vakum. Allahuakbar. 

Mama duduk di pusat bersalin tu dua hari satu malam. Lepas bersalin, petang tu mama mandi wiladah. Mandi selepas bersalin. Terasa agak segar sikit lepas tu walaupun badan belum cukup kuat.


16/2/2012
Dengan rasminya abah menamakan adik baby dengan panggilan Muhammad Afiq bin Mohd Nizamuddin yang bermaksud Yang Terpuji Yang Mulia. Moga Afiq jadi anak yang mempunyai pekerti dan akhlak mulia dengan mengikut Nabi Muhammad sebagai contoh terbaik. Mama doakan Sarah, Syaza dan Afiq menjadi anak yang soleh dan solehah, patuh pada Allah dan Rasul. Alhamdulillah, keluarga kita kini berlima! :D

No comments:

There was an error in this gadget