Thursday, February 23, 2012

Rentetan Permulaan Kehidupan Muhammad Afiq Bhgn III

Alhamdulillah, hari ni, 23/2/2012, akhirnya bacaan yang ditunggu-tunggu menjelma juga. Mama sempat jengah fail Afiq yang diletakkan dekat katil mama. Bacaan hari ni ialah 239. What a relief!!! Sungguh! Mama rasa sangat seronok. Tapi tak tahu lagi macamana dengan keputusan doktor sama ada boleh ke tak keluar hari ni. Doktor pula selalunya pukul 8.30 dah pusing wad. Tapi hari ni, seorang pun tak ada. Akhirnya jam 10.45 baru ada pakar dan seorang doktor. Tapi pakar tu tak datang ke katil mama. Lepas tengok sorang pesakit kat katil depan mama, dia terus keluar. Jadi mama kena tunggu lagi. Pukul 11 lebih baru doktor datang dan tengok rekod dalam fail.

"Finally...." tu je yang dia kata sambil tersenyum. 
"Banyak turun ye doktor?" Mama pura-pura tanya. Doktor komen sikit sambil belek Afiq dan lepas tu tutup lampu fototerapi yang mama pasang sejak pagi.
"Dah boleh keluar doktor?"
"Dah."
"Bila yea?"
"Tengahari atau dalam pukul 1" 

Waaaa... rasa nak menjerit je masa tu. Seronok sangat. Alhamdulillah. Lega rasanya akhirnya dapat juga pulang ke rumah. Alhamdulillah....alhamdulillah.. alhamdulillah.... 

Banyak yang mama fikir sepanjang duduk di wad. Ada satu tu tentang sedekah. Yang itu betul-betul menyentuh mama. Mama ingat malam tadi bateri pam cuma tinggal 2 bar je. Orang kat katil depan nampak sangat memerlukan khidmat pam mama tu. Mama rasa teringin nak bantu. Tapi, dalam masa yang sama, ada satu rasa kedekut singgah. Bisikan tu kata kat mama yang nanti mama tak boleh guna dah sebab bateri dah habis. Tentu susah. Mama lawan rasa tu dan cuba ikhlaskan hati bagi juga bantuan pada jiran depan. Niat mama, moga bantuan ni nanti diberkati dan Afiq sihat. Alhamdulillah, Allah balas tunai. Hari ni, saat ini mama sedang berehat di rumah bersama-sama Kak Long, Kak Ngah dan Afiq. Sekali dengan tok mak semua. Alhamdulillah...


No comments:

There was an error in this gadget