"Ha! Bawa keluar pula benda lain. Kan mama kata tolong ambil penyapu tu buat sapu sampah ni sikit. Tak mahu buat main benda tu!" Sergah aku. Sarah terkaku bila dengar suara aku. "Lain yang disuruh, lain yang dibuat." Masih dengan suara tinggi, aku bergegas ke dapur dan merampas kotak yang dah ada kat tangan Sarah.
Bila aku jengah kabinet tu, memang tak ada penyapu yang aku minta Sarah ambilkan. Syaza yang duduk bersila depan kabinet yang terbuka tu pun terkebil-kebil tengok aku marah. Aku letak kotak tu di tempatnya dalam kabinet tadi. Lepas tu aku selak-selak barang-barang yang ada kat dalam kabinet. Baru la nampak ia di sebalik periuk-periuk yang ada. Aku ambil, angkat Syaza dari depan pintu kabinet dan menutup. Aku sapu, sampah yang ada kat bawah meja dan buang.
Sarah senyap aje tengok perlakuan aku. Lepas tu dia terus ke depan tengok tv. Aku pula sambung kerja. Masing-masing senyap termasuk la Syaza. Agak lama menaip depan laptop, aku minta tolong Sarah sekali lagi.
"Sarah, tolong mama buka pintu. Mama tak nampak la. Tak jelas. Gelap." Suara aku dah menurun.
Selamba Sarah jawab, "Sarah tak tau."
Aku diam je la dengar. Memang dia tak tau buka pintu pun. Hehehhe.... Aku pun bangun. Bila tengok aku bangun, Sarah pun bangun. Dia terus ke pintu (sebab dia lebih dekat dengan pintu) dan pulas kunci.
"Dah.." kata dia dan kembali ke sofa sambung tengok tv. Tau tak dia cakap apa lepas tu? "Sarah tak nampak penyapu tu tadi." Aduuuhaii.... anak aku.... tersentuh rasanya hati. Garang benar agaknya mama ni ek.... Aku usap kepala dia dan cium berkali-kali.
"Ye... ok... mama pun tak perasan penyapu tu ada kat belakang periuk.. Sorry yea sayang...." Dan aku cium sekali lagi. Syaza tengok aje...
2 comments:
hah.. tau pun. Anak2 abah ni x bleh kena marah. Jeling mata pun dah majuk...
:)
iyo la... :P
Post a Comment