Sunday, April 18, 2010

Breakfast at McD

Saja buat kerja gila... heheh... cuma teringin nak makan lempeng kat McD tu. Nampak sedap. So pagi ni, kami bangun pukul 4.30 (Mr. Hubby bangun seawal jam tiga sebab Sarah bocor), bersiap dan terus ke McD Bukit Tinggi.
Mula-mula Sarah dan Syaza nyenyak tidur. Tapi bila dah sampai, bulat mata. Seronok tengok mereka makan sambil main pusing-pusing. Aku pesan lempeng, Mr. Hubby makan big breakfast. Sarah dan Syaza kongsi makan happy meal.
Aku rancang lain kali nak bersarapan kat Shah Alam pula. Lepas tu solat Subuh di Masjid Negeri dan jogging dekat tasik.... sounds good huh!... hehehhe

Lihatlah wajah-wajah seronok ni....

Sarah enter frame

Errr... muka tak nampak gembira sebab asyik makan.... :D

Ni pung....

Ni muka main makanan. Tak berminat sangat nak makan awal pagi. Tapi bila hash brown sampai, habis sekeping. Syaza pun makan dekat sekeping... peliknya, kalau kat rumah, tak nak pula makan... hmmmm...


2 comments:

Mama Awisy said...

budak2 kalau ubah tempat makan sure nak makan..kekadang siti bungkus makanan bawak pi tepi tasik shah alam semata2 nak darwisy makan..

Mama Iman said...

tu la... jenuh pulak nak bawa keluar jenjln2 utk mkn. kdg2, tu blh la. hari keje? huhu..... tp kena cuba mana yg terdaya, kan siti? :D

There was an error in this gadget