Masih tak mengaku, aku pun biarkan dulu. Esoknya, dia bawa ayah dia. Ingatkan ayah dia nak put the blame on his son. Tapi, dia boleh cakap, "Nampak macam tulisan kakak dia!" sambil belek-belek 'buku Levi' selepas membandingkan buku Syuk yang ada dalam simpanan aku.
Cit! Sungguh aku rasa geram dengan ayah dia. Tapi memandangkan aku masih lagi menghormatinya, aku diamkan. Ayahnya minta kebenaran bawa buku tu balik. dan aku juga mengenakan syarat supaya dia bawa buku kakak Levi esok ke sekolah berserta dengan buku yang didakwa Levi kepunyaannya. Nak tau pe jadi? Esoknya dan seminggu berikutnya dia tak datang sekolah....
Dan... jeng...jeng....
Semalam aku masih tak puas hati sebab dia masih tak bawa buku kakak dia untuk aku bandingkan contoh tulisannya. Jadi, aku panggil dia dan soal lagi. Akhirnya aku gunakan teknik provokasi. hehehe...
"Levi, nama yang awak tulis ni, memang tak padan nak masuk dengan nama yang dah diconteng ni. Betul ke ni buku awak?" Aku asak tanya lepas dia tulis nama dia kat atas sekeping kertas. Geram sungguh rasanya sebab dia masih tak nak mengaku.
"Apa cikgu?" Tak faham bahasa rupanya budak tu.
"Ok la. Macam ni. Saya tak tahu sama ada awak curi dari Syuk atau sebenarnya awak jumpa dan awak ambil buku ni? Saya rasa awak tak curi dari Syuk. Awak jumpa yea? Awak jumpa kat mana?" Aku tenung je Levi. Dia mula tunduk.
"Saya jumpa cikgu...."Hati aku bersorak seronok! Meleret je aku senyum. heheheh..... pengakuan eksklusif tu...!!! Dengan suara lembut yang tak ada nada marah-marah pun, aku mampu membuatkan dia mengaku. Lepas tu mula la drama merayu-rayu supaya aku tak bagitau cikgu disiplin dan ayah dia. Hmmm.... aku rasa aku tetap kena bagitau ayah dia. Sebab Levi memang kaki auta. Dah banyak belit dia kat aku. Janji untuk tidak menipu yang baru dia buat sekejap tu, terus dimungkiri bila aku tanya soalan lagi.
"Kenapa awak tak terus bagi buku ni pada Syuk masa dia kata buku ni buku dia? Kan awak kata awak tak tau ni buku siapa sebab nama kat buku ni dah berconteng? Kan senang awak cakap kat Syuk, oooo... ni buku awak ke? Sorry. saya tak tahu... Kenapa awak tak buat macam tu?"
Dia boleh jawab, "Saya baru tahu buku ni bukan buku saya semalam...." Aduuuuuhaiiii.....
No comments:
Post a Comment