Wednesday, February 29, 2012

Kad dari Kak Long



Mama lupa nak masukkan kad ni kat blog mama. Kad ni Kak Long yang buat. Hasil tunjuk ajar Kak Yana. Kad ni mama terima sebaik sahaja mama balik dari Pusat Bersalin Barakah. Terima kasih sayang...

Muhammad Afiq

Semenjak dari lahir, Afiq sibuk sangat dengan jaundicenya. Semalam pergi ke Umra, ambil darah lagi untuk tengok TSB. Kali ni dah turun ke 261. Sat tadi Doktor Jessie call beritahu yang keputusan darah untuk periksa fungsi hati adalah ok. Tiada sebarang masalah dengan hati Afiq. Doktor pakar, Dr. Jessie kata, sebab kuning masih berterusan mungkin berpunca dari bengkak di kepala akibat vakum dan juga kerana susu ibu. Pada yang mencari maklumat tentang kuning disebabkan oleh susu ibu (it is called as prolonged jaundice, late-onset or breastmilk jaundice) boleh ke sini, sini dan sini ek. Apapun, kalau mengalami breastmilk jaundice ni, susu ibu masih boleh diteruskan seperti biasa sebab ia tidak memberi sebarang masalah pada bayi itu sendiri. Kalau tak pasti, boleh dapatkan nasihat dari pakar. 

Mama pun dahhilang risau tentang jaundice Afiq. Kehadiran Afiq memang sangat istimewa dan tersendiri. Sama macam Kak Long dan Kak Ngah. Afiq tak banyak meragam. Walaupun melahirkan Afiq ada kepayahannya tersendiri, tapi Afiq senang dijaga. Masa kat hospital dulu, Afiq tak merengek dan menangis bila diletak bawah cahaya lampu. Afiq cuma menangis bila nak susu. Setakat lampin penuh dan bernajis, Afiq tak layan nangis. Paling tidak cuma Afiq akan kerap menyusu. Jadi, mama kena periksa lampin. Sekarang ni pun, Afiq asyik tidur je. Merengek sikit bila lapar. Selesai menyusu, Afiq sambung tidur lagi. Hehehe... 

Abah kata Afiq anak istimewa. Umur 6 bulan lebih dalam kandungan, Afiq dikatakan ada masalah jantung (tengok sini). Mama dan Abah bawa jumpa pakar fetus untuk sahkan hal ni. Alhamdulillah, semua ok. Masa bersalin pun, Afiq dapat layanan 'istimewa' sebab kos bersalin kat Barakah dah meningkat hampir 2k! hahahaha... Tapi memikirkan ketenangan dan pakarnya adalah orang perempuan Muslim seperti yang mama cari, mama redha je. Lepas tu jumpa pula pakar kanak-kanak berkali-kali disebabkan jaundice. Apapun, mama aminkan kata-kata Moksu, Afiq anak hebat. Insyaallah. Moga masin mulut Moksu. 

Ya Allah, jadikanlah anak-anak mama anak-anak yang soleh dan solehah. Yang mengenang budi ibu bapanya dan mengikut segala ajaran Allah dan Rasul-Nya. Jadikanlah mereka ini anak yang taat pada perintah agama dan moga mereka ini akan berjuang dan berjihad ke jalan-Mu ya Allah. Jadikanlah mereka ini, Ya Rahman, sebagai penyejuk hati ibu bapa mereka dan orang-orang yang mendampingi mereka. Hidupkanlah dan matikanlah kami semua ya Allah dengan kalimah-Mu Lailahaillallah Muhammadurrasullullah.... Amin.

Gambar kenangan kita

Mama di bilik bersalin

Afiq sebaik lahir. 

Lepas dibersihkan, Afiq dihantar ke bilik Khadijah.

Rombongan Tok Mak ke Bilik Khadijah

Big Baby. Kawan baik Afiq nanti

Mama dan Afiq

Mama, Kak Long, Kak Ngah dan Afiq

Five of Us


Afiq masa di hospital. Really like a little girl. Hehehe....

Monday, February 27, 2012

Afiq dan kuning

Jaundice. Yup. Sampai la ni, Afiq masih belum bebas sepenuhnya. Ada sikit lagi kuning yang mama nampak kat kulit Afiq. Hari Khamis Afiq keluar hospital, hari Jumaat nurse datang dan suruh bawa semula ke klinik untuk diperiksa darahnya. Petang Jumaat mama ke Umra dengan abah dan kakak-kakak. Ingat nak scan dulu baru ambil darah. Tapi, doktor pakar kanak-kanak di Umra cuma datang pukul 6.30. Mama pula sampai di situ jam 3 petang. So, kami ke DEMC. Instead of using a scanner for screening, darah Afiq yang diambil untuk prosedur biasa menyemak paras bilirubin dalam darah. Darah diambil dari kaki. Menjerit sekejap Afiq. Lepas tu tidur balik. Keputusannya, TSB melonjak semula dari 239 masa hari Khamis pagi ke 290. Mama dan abah ambil keputusan hantar Afiq ke hospital Banting awal pagi Sabtu (25/2/2012) untuk semak semula TSB. 

Awal pagi ke hospital untuk ambil darah Afiq. Sikit pun Afiq tak nangis. Hehehe... Afiq dah kuat dah dengan jarum yang asyik keluar masuk tangan Afiq kan? Petang dalam pukul 3 mama pergi ke hospital dengan abah. Dah siap packing barang untuk masuk ke wad. Keputusan TSB untuk pagi tu? Hehehe... 271. Turun sikit. Jadi,  MA suruh ulang semula di Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang.

Pagi tadi, mama ke klinik dan darah Afiq diambil dari kaki. Seperti hari Sabtu lepas, Afiq tidur dan tak sedikit pun menangis. Keputusan TSB. Naik sikit ke 277.6. Doktor suruh mama pergi ke Hospital Banting, ambil darah ikut tangan dan lepas tu buat temujanji dengan doktor pakar kanak-kanak dua minggu lagi. Hmmm.... penat je. Kalau tau, baik mama terus ke Banting. Sudahnya, mama cakap dengan abah untuk terus pergi ke Umra nanti. Periksa TSB dan terus jumpa pakar. Kalau buat temujanji lagi dua minggu, rasanya by that time, everything will be ok kot. Takpe la. Moksu kata, Afiq ni anak hebat. Amin... Moga begitu la....

Thursday, February 23, 2012

Rentetan Permulaan Kehidupan Muhammad Afiq Bhgn III

Alhamdulillah, hari ni, 23/2/2012, akhirnya bacaan yang ditunggu-tunggu menjelma juga. Mama sempat jengah fail Afiq yang diletakkan dekat katil mama. Bacaan hari ni ialah 239. What a relief!!! Sungguh! Mama rasa sangat seronok. Tapi tak tahu lagi macamana dengan keputusan doktor sama ada boleh ke tak keluar hari ni. Doktor pula selalunya pukul 8.30 dah pusing wad. Tapi hari ni, seorang pun tak ada. Akhirnya jam 10.45 baru ada pakar dan seorang doktor. Tapi pakar tu tak datang ke katil mama. Lepas tengok sorang pesakit kat katil depan mama, dia terus keluar. Jadi mama kena tunggu lagi. Pukul 11 lebih baru doktor datang dan tengok rekod dalam fail.

"Finally...." tu je yang dia kata sambil tersenyum. 
"Banyak turun ye doktor?" Mama pura-pura tanya. Doktor komen sikit sambil belek Afiq dan lepas tu tutup lampu fototerapi yang mama pasang sejak pagi.
"Dah boleh keluar doktor?"
"Dah."
"Bila yea?"
"Tengahari atau dalam pukul 1" 

Waaaa... rasa nak menjerit je masa tu. Seronok sangat. Alhamdulillah. Lega rasanya akhirnya dapat juga pulang ke rumah. Alhamdulillah....alhamdulillah.. alhamdulillah.... 

Banyak yang mama fikir sepanjang duduk di wad. Ada satu tu tentang sedekah. Yang itu betul-betul menyentuh mama. Mama ingat malam tadi bateri pam cuma tinggal 2 bar je. Orang kat katil depan nampak sangat memerlukan khidmat pam mama tu. Mama rasa teringin nak bantu. Tapi, dalam masa yang sama, ada satu rasa kedekut singgah. Bisikan tu kata kat mama yang nanti mama tak boleh guna dah sebab bateri dah habis. Tentu susah. Mama lawan rasa tu dan cuba ikhlaskan hati bagi juga bantuan pada jiran depan. Niat mama, moga bantuan ni nanti diberkati dan Afiq sihat. Alhamdulillah, Allah balas tunai. Hari ni, saat ini mama sedang berehat di rumah bersama-sama Kak Long, Kak Ngah dan Afiq. Sekali dengan tok mak semua. Alhamdulillah...


Rentetan Permulaan Kehidupan Muhammad Afiq Bhgn II


17/2/2012
JM datang rumah untuk pemeriksaan. Dia kata Afiq nampak kuning dan suruh mama bawa ke Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang. Kat situ jururawat ambil darah Afiq di kaki. Jumlah bacaan bilirubin dalam darah ialah 259. Doktor suruh mama ke Hospital Banting. Di Banting, darah Afiq diambil lagi. Kali ni di tangan. 2 jam lagi baru tau keputusan. Jadi mama balik dulu. Lepas maghrib mama datang dengan abah, Kak Long, Kak Ngah dan Afiq. Bacaan malam tu 270. Betul-betul border line. So, doktor suruh datang ulang ujian darah untuk esoknya. Alhamdulillah.

18/2/2012.
Mama pergi hospital dengan abah dan Afiq je awal pagi. Lepas ambil darah, kita terus balik rumah. Petang pukul 2 lebih baru pergi hospital semula. Kali ni bacaan Afiq jadi 321/285. Kena masuk wad. Huhu.. Malam tu Afiq tidur bertemankan 1 lampu biru. Kak Long dan Kak Ngah datang jengah kita kejap malam tu teman abah hantar barang mama. Rindunya mama kat anak-anak mama.

19/2/2012
Doktor datang sekitar jam 8 dan beritahu bacaan bilirubin dalam darah Afiq turun sikit je. 319. Kita bermalam lagi di wad. Aduhai...

20/2/2012
Jururawat datang ambil darah Afiq awal pagi dalam pukul 5 lebih. Keputusan darah pagi ni pun tak memberangsangkan. Cuma turun 5 je jadi 314. Kecewa juga mama sebab kena duduk lagi kat wad. Afiq kuat menyusu. Tapi peliknya bilirubin dalam badannya tak banyak turun. Pakar paed suruh letak dua lampu atas. Jam 3 lebih, tukar semula jadi 1 lampu sebab kuning nampak kurang.


21/2/2012
Going to spend don't know for how many more days with Afiq in the ward. Keputusan bacaan bilirubin dalam darah ialah 304. Turun 10 unit. Jauh lagi nak jangkau 280. Mama pun dah mula dendang lagu Berhenti Berharap nak balik. Rindu mama pada abah, kak long n kak ngah meluap-luap. Tapi mama terpaksa telan je. Huhu... Untuk hari ni, Afiq pakai lampu atas dan bawah berbanding semalam. Jam 4 lebih, paed arahkan tukar kepada 1 lampu. She said Afiq looked good. She wondered why the reading was high but his body looked pinkish instead of yellowish.


22/2/2012
The reading for today is 301. Just 3 units different from yesterday. Disebabkan mama dah berhenti berharap, mama tak ada la kecewa sangat. Cuma kesian tengok lubang jarum kat tangan afiq dah bertambah. Paed pun tak pasti sebab penurunan bilirubin dalam darah yang terlalu perlahan. She suggested few tests done over Afiq to detect if there was any mild infections going on. So, around two, a nurse came and took Afiq to get his blood and urine. Aduhai anak.. Mama is not going to give the doctors to do all nonsense test to feed their curiosity later on. Just pray to Allah Afiq sihat dan tak demam. Amin. Tengahari tok mak datang dengan tokyah bawa moksu, harraz, daus, kak long dan kak ngah. Bila dengar yang doktor might do few tests over Afiq, tokyah masuk wad dan bacakan ayat-ayat penawar. Kak long lak curi-curi masuk tengok Afiq. Abah datang malam lepas maghrib. Bawa ubat yang dia beli dari seorang client dia. Harganya RM 180. Abah campur dengan susu yang mama perah dan bagi Afiq minum. Moga bacaan esok terus baik. Amin.


Specky baby boy

Santai di atas katil

Ni lampu atas bawah yang dipasang pada hari keempat

Rentetan Permulaan Hidup Muhammad Afiq Bhgn I


13/2/2012

11.40
Sempat tunaikan solat Isyak dengan abah. Dah ada keluar darah sikit. Mama cuma ganti pad bersih je. Lepas solat, abah tak dibenarkan duduk sekali sebelah mama sebab malam ni ada 2 orang pesakit dalam bilik Fatimah ni. Mama ingat nak ambil satu bilik seorang tapi dah penuh. Jadi, tinggal la mama sendiri. Mama penuhkan waktu lapang dengan baca yasin.

0005
Nurse datang dan pasang mesin CTG untuk 20 minit. Mama sempat tanya tentang pesakit yang la ni ada dalam bilik bersalin. Nurse kata, pesakit tu nak melahirkan anak pertama. Baru buka 5cm. Huhu.. Lambat lagi. Mama pula secara asasnya idak la sakit sangat.

0030
CTG tamat. Nurse suruh mama tidur dulu. 4 jam lagi dia akan datang periksa. Mama tak boleh nak lelap. Mama keluar borak2 dgn abah.

0050
Abah pergi McD nak beli makanan tapi malangnya tutup. Pelik. Huhu.. Jadi mama masuk bilik balik.


0215
Cuba lelapkan mata tapi tak boleh. Rasa tak selesa. Jadi mama ambil keputusan nak balik. Tidur kat rumah dan datang balik pagi esok. Mama tidur lena kat rumah.

14/2/2012

0900
Mama pergi semula ke Pusat Bersalin Barakah.

1030
Ubat buang air besar dimasukkan dan tak lama lepas tu air ketuban dipecahkan. Masa tu laluan baby dah buka 5cm.

1105
Sakit yang amat sangat bermula. Kali ni mama tak ambil gas ataupun suntikan tahan sakit. Penopang kaki pun mama tak guna. Tak tau kenapa tapi kali ni mama masih boleh bertahan. Mama cuma kawal pernafasan. Bolehlah nak kurangkan sikit rasa sakit. Tapi, memang sakit nak bersalin tu tak ada lagi tandingannya. Guna la gas ataupun suntikan atau kawalan pernafasan, sakit tetap terasa.

1120
Bukaan dah jadi 8cm dan mama dah mula meneran. Doktor jangka 2 3 kali teran, baby terus keluar. Macam Kak Ngah. Tapi, bila nampak kepala adik baby yang besar, baru doktor kata berat adik baby di luar jangkaan. Sudahnya, mama terpaksa dibantu dengan vakum untuk keluarkan adik baby. Mama tak henti sebut nama Allah sebab sangat lega dengan kejayaan pertarungan jihad mama. Adik baby menangis kuat sebaik lahir tepat jam 12.18. Lepas luka mama sepanjang 1 inci dijahit, mama dipindahkan ke Bilik Khadijah. Tak lama lepas tu, adik baby juga disorong masuk. Sungguh, mama rasa seriau dan bagai terasa-rasa lagi perihnya bersalin bila abah beritahu mama yang berat adik baby ialah 4.16 kg. Subhanallah! Dan mama lahirkan adik baby secara normal dengan bantuan vakum. Allahuakbar. 

Mama duduk di pusat bersalin tu dua hari satu malam. Lepas bersalin, petang tu mama mandi wiladah. Mandi selepas bersalin. Terasa agak segar sikit lepas tu walaupun badan belum cukup kuat.


16/2/2012
Dengan rasminya abah menamakan adik baby dengan panggilan Muhammad Afiq bin Mohd Nizamuddin yang bermaksud Yang Terpuji Yang Mulia. Moga Afiq jadi anak yang mempunyai pekerti dan akhlak mulia dengan mengikut Nabi Muhammad sebagai contoh terbaik. Mama doakan Sarah, Syaza dan Afiq menjadi anak yang soleh dan solehah, patuh pada Allah dan Rasul. Alhamdulillah, keluarga kita kini berlima! :D

Monday, February 13, 2012

Cara berpisah dari imam

Ilmu ni dipetik dari Ustaz Muhammad bin Abdullah, Rancangan Kuliah Asar, TV al-Hijrah sat tadi kul 1645.

Ustaz kata, seandainya kita sedang solat berjemaah, dan kita sangat pasti imam telah terbatal solatnya kerana terkentut atau terpijak najis cicak misalnya, kita kena berniat untuk berpisah dari imam kerana jika tidak, solat kita juga akan terbatal kerana telah mengikut imam yang sudah batal.

Caranya, hanya niat dalam hati, 'aku berpisah dari imam'. Kita boleh meneruskan solat seperti biasa. Dan bagi menjaga keharmonian jemaah itu tadi, kita seelok-eloknya terus mengikuti pergerakan imam walaupun kita sudah tidak lagi berada di bawah imam. Wallahua'lam.

Friday, February 10, 2012

Tempang dan 'kaki barunya'

Terkini tentang Tempang. Lepas hadir ke Program Pemantapan Profesionalisme Perguruan di MCS, Banting, aku terus ke hospital ambil Tempang. Kali ni nampak kakinya yang tidak berbalut. Nampak cantik sedikit dengan jahitan yang kemas dan luka yang sudah kering. Tempang menurut Dr. Ramzan agak bising dalam sangkar hari ni. Dia ambil dan letak atas meja rawatan. Aku tengok dan belek-belek kakinya yang dah tak ada pun. Dia nampak agak janggal dengan situasi baru ni. Terkial-kial sedikit nak bangun. Tapi aku harap Tempang cepat sesuaikan dirinya dan luka jahitan tu cepat sembuh.
Sungguh! Aku dah tak larat nak menukar balutan di kaki. Apapun, secara asasnya 'kaki baru' Tempang kali ni tidak memerlukan sebarang balutan. Apa taknya, dah tak ada tunggul untuk membalut kakinya. Dah habis dipotong terus sampai ke 'bahunya'. Yang merisaukan aku cuma satu. Takut kalau dia jilat dan gigit-gigit jahitan sampai tercabut. Dan takut itu nanti menyebabkan kulit yang baru hendak bercantum terbuka lagi. Aduhai Tempang... jangan la buat begitu lagi yea sayang.... Aku ni dah nak bersalin. Nanti masa dalam pantang, kakak aku dan seluruh keluarganya bersekali dengan mak dan ayah aku nak pergi umrah. Maid dia pula balik kampung. Mr. Hubby pula ada kursus di Phuket dari 9-12 Mac. Kalau jadi apa-apa lagi kat kau Tempang, siapa la yang mampu nak uruskan semua kau. Cik Pah tak boleh kena bulu kucing....

 Memang aku amat la berharap Tempang tak buat perangai lagi. Kalau semuanya berjalan lancar dan Tempang tak usik sangat jahitan di kakinya tu, maka dia boleh la memulakan aktiviti outdoor dia dalam tempoh dua minggu dari sekarang. Boleh la Tempang dok lari-lari dan panjat pokok macam selalu. Sebelum dia terkurun dalam kandang tu. Ya Allah, moga Engkau sihatkan Tempang dan moga dia jadi kucing yang baik. Amin. :D

 Tempang yang pasrah dengan keadaan sekarang. Huhuhu... Bukan niat menyeksa. Tapi supaya kita semua dapat hidup harmoni bersama-sama.... 1k++ ni Tempang.... hehhehehe...

Braxton Hicks Contraction

Istilah tu digunakan untuk kontraksi palsu yang berlaku sepanjang kehamilan. Nak tau lebih lanjut, boleh pergi ke sini, sini dan sini ek. Malas nak taip panjang-panjang.  Hahahaha.... Ada banyak page kat internet yang menceritakan tentang Braxton Hicks ni. Tinggal rajin ke tak je nak cari. :D

As for me, as far as I can remember, I rarely went through Braxton Hicks during my first and 2nd pregnancy. What I remember most, during my 1st pregnancy, I had a consistent contraction on 29th of October 2006 (on my due date), I went to a clinic to double check whether I was really in labour or not before the doctor said that the baby was already engaged and ready to go out of my womb. The 2nd pregnancy, it happened that I went for a checkup at Poliklinik Barakah and the opening was 3cm already. I was straight away went to a labour room.

Yang ketiga ni... aku pun jadi keliru. Masa minggu ke 37, one consistent contraction happened at 6p.m until 7.30 pm. When I went to check with doctor, she said it was a false alarm. Ok. Then, lately, I faced few more series of Braxton Hicks contractions. Uiii.... sampai diri sendiri jadi keliru. It normally happened at night till early in the morning. But all of them were not consistent. Untuk satu siri tu, dia datang kadang-kadang 10 minit, sebelum turun ke 8 minit sekali, naik balik ke 12 minit sekali dan lepas tu hilang. Huhuhu.... dah beberapa kali tertipu. Takut juga kalau akan datang jadi yang betul punya tapi aku abaikan. Naya je since the third delivery normally is much faster than the other two. Aduuhai adik... bila nak keluar ni? Risau kalau berat aku makin naik dan baby semakin besar. Adakah patut kerisauan ini berlaku? hahahhaha.... Apapun, doakan moga semua selamat. Ibu dan anak yea... Thanks friends....

Thursday, February 09, 2012

Cerita Si Tempang pula

Hari ni hantar Tempang sekali lagi ke Hospital Haiwan. Dah berapa kali dah dok hantar comel seekor ni untuk rawatan. Dah masuk bulan ke lima dia duduk dalam kandang sebab kaki dia yang kena potong tu tak baik-baik lagi. Latest, semalam aku dah tak tahan dengan perangai dia yang suka gigit luka dia dan ambil keputusan untuk bawa ke Hospital. Kaki dia dah nampak tulang dan nampak macam tak memungkinkan untuk tapak di kakinya terbentuk. Aku kumpul duit dari sponsor-sponsor dan dapat la beberapa ratus.

Awal pagi aku hantar, Dr. Kumar kata, memang kena buat 2nd amputation sebab tulang dia dah tersembul keluar. Huhu... Jadinya, aku tinggalkan Tempang di hospital. Petang tadi dapat pesanan ringkas dari Dr. Kumar kata yang Tempang dah selamat jalani pembedahan kaki. Esok aku boleh ambil. Sangat berharap kali ni kaki dia cepat sembuh sebab aku dah tak larat nak marah dia dan dalam masa yang sama kesian tengok balutan kat kaki dia basah dengan darah dan jadi busuk kalau lambat tukar. 

Moga kali ni dia cepat sembuh dan boleh memulakan hobi dia untuk berlari-lari dengan laju dan panjat pokok. Moga Tempang boleh jadi pengganti Kuniya.... Hmmmm...

Tuesday, February 07, 2012

Minggu ke-38

Adik baby masih lagi ke hulu hilir dalam rahim mama yang semakin besar. Semalam mama pergi pemeriksaan biasa. Dah masuk 9  bulan ni, pemeriksaaan jadi sekali seminggu. Berat mama semalam dah menjangkau 74.5kg. Naik 3 kg dlm masa seminggu... huih... Padan la berat semacam je rasa. Tak ingat dulu masa mama mengandungkan Sarah dan Syaza, berapa berat mama. Tu la.... malas nak buat rekod. hehe...        

Dr. Khiriah tak buat scan kali ni. Dia cuma tengok jantung baby dan air ketuban. Everything was normal. For this visit, cuma Kak Ngah je yang nak ikut.Kak Long lagi suka duduk kat rumah ummi dan main dengan sepupu-sepupunya.

Waktu macam ni, kaki mama jadi cepat bengkak. Tak boleh nak duduk lama sikit. Mesti jadi bengkak dan gatal-gatal. Agak menyakitkan dan kurang selesa. Tidur malam mama pun semakin kurang nyenyak. La ni mama tidur kat atas recliner. Or else, mama akan menghadapi masalah bila nak bangun. Waktu mama kerap jaga sekitar jam 2 3 pagi. Selalunya tempat kegemaran kalau terbangun waktu tu adalah tandas. 

Mama harap adik baby keluar cepat sebelum due. Semalam lepas balik dari klinik, Kak Ngah merungut-rungut, "Mama kata nak keluarkan adik baby..." hehe... mama cuma boleh pujuk Kak Ngah yang adik baby belum cukup kuat nak keluar. Baru Kak Ngah diam. ;-)

Sunday, February 05, 2012

Dia pergi jua...

Kuniya masa kenduri kahwin Zul dan Pah

Innalillahi wa innailaihi rajiun.. Kuniya dah tak ada. Siapa Kuniya? Kucing kesayangan yang aku dah bela selama hampir 8 tahun. Aku bela dulu dengan kakak dia, Kino. Tapi kawan aku ambil Kino masa dia berusia 2 tahun lebih. Bawa ke Muadzam Shah. Aku kasikan Kuniya masa dia pindah dari KL ke rumah mak kat Telok Panglima. Masa tu Kuniya suka sangat ikut mak aku pergi masjid. Jadi ramai yang dok kata Kuniya suka kencing merata-rata kat masjid. Untuk kebaikan semua, aku kasikan dia. Kuniya sempat tinggalkan seekor warisnya, Domok yang sangat comel dan berbulu lebat. Tapi Domok mati lebih dulu dari Kuniya. 

Domok

Kisah Kuniya dengan aku bermula masa tahun 2004 bila Rin ambil dua ekor kucing comel dari klinik haiwan berhampiran tempat dia bekerja. Masa tu aku tinggal di rumah flat di Taman Melati. Dekat dengan stesen LRT Taman Melati. Bila Rin bawa balik, dia namakan kedua-duanya dengan Kino dan Kuniya sebab aku dulu kerja kat kedai buku tersohor kat KLCC, Kinokuniya. Kino agak galak sikit. Berani. Tapi Kuniya penakut. Masa mula-mula sampai di rumah, dia akan lari ketakutan tiap kali dengar bunyi LRT lalu. Ambil masa yang agak panjang untuk dia sesuaikan diri. Tapi Kuniya sangat manja berbanding Kino. Kuniya suka tidur celah ketiak aku. Alhamdulillah, mereka ni kami latih untuk buang air besar dan kecil di pasir mereka. Dan keadaan rumah memang sentiasa bersih. Ada beberapa kali mereka ni terlepas. Kuniya pernah hilang beberapa hari. Aku jadi sangat sedih. 

Hampir seminggu dia hilang, satu hari, balik dari kerja, aku saja panggil-panggil nama dia kat tingkat bawah. Tiba-tiba aku dengar bunyi kucing mengiau kuat. Bila aku berhenti panggil, bunyi tu senyap. Bila aku panggil semula, kucing tu berbunyi lagi. Seronok sangat bila aku ternampak Kuniya kat tingkat 2 bangunan flat rumah aku tu. Berlarian aku pergi ambil Kuniya dan bawa dia balik rumah. Lepas tu, Kuniya dah tak hilang dah. Lepas kahwin pindah ke rumah mak, aku bawa Kino dan Kuniya sekali balik kampung. Kuniya memang manja. Tak pernah makan nasi dan ikan. Selama hidup dia, dia cuma makan biskut je. Dia tak pernah menyelongkar dapur walaupun ada ikan atas meja. Semakin tua, Kuniya jadi macam semakin pelupa. Setiap sejam dia mengiau minta makan. Kadang-kadang dia baru je makan, tapi bila nampak Sham ke, aku ke, dia minta lagi. Kuniya suka lepak dalam bilik Sham atau bawah katil bilik Abg Hir. Tiap pagi kata Pah, Kuniya akan mengiau depan pintu bilik Sham. Suruh bangun solat agaknya. hehehhe..... Tiap kali dia nampak aku balik ke rumah mak, Kuniya mesti nak duduk atas pangkuan aku. Tapi semenjak mengandung ni dia cuma baring tepi aku je sebab tak muat nak duduk atas pangku. Perut makin besar. :D

Masa dia umur 4 tahun, Kuniya dapat sakit mulut. Mulutnya jadi busuk dan masa tu aku tak tau sebab apa. Aku hantar ke Pusat Haiwan di Sijangkang dan doktor haiwan (rupanya kat situ cuma ada seorang je doktor haiwan. Orang yang aku sangka doktor tu hanya pembantu doktor haiwan sahaja) situ kata dah tak boleh buat apa pada Kuniya sebab dia pun dah tua. Jadi, aku tak ada cara untuk rawat Kuniya. Terbiarlah Kuniya dengan sakit mulutnya tu sehingga akhir hayat. Sebenarnya, sakit dia ada ubat. Masa aku hantar Tempang ke Hospital Haiwan kat Banting dulu, Doktor Kumar kata boleh dirawat. Kena buat teeth trimming. Sebab gigi taring dia terlalu panjang dan menyebabkan mulutnya luka dek taringnya. Aku memang berazam nak hantar. Tapi memandangkan kos rawatan sekitar RM150, aku tangguhkan dulu sebab kena bagi bajet pada Tempang yang tak baik-baik lagi kakinya. 

Memang dah Allah takdirkan Kuniya tak sempat terima rawatan tu. Hari Khamis (2/2/2012) lepas, Kuniya mengiau garang. Dia nampak sangat sakit. Dia duduk depan tandas. Aku usap kepala dia. Hari Jumaat, mak kata dah tak nampak dia. Mungkin dia dah nak mati masa tu. Orang kata kucing kalau nak mati dia hilang dan tak bagi tuan dia nampak dia mati. Hari Sabtu pagi sebelum pergi kelas tambahan tu, mak cerita kat aku yang sofa di luar tu ada darah Kuniya. Agaknya dia dah mati kot. Petang Sabtu, mak pergi ronda depan rumah dan nampak Kuniya terbaring bawah pokok mata kucing. Mak kata Kuniya dah mati. Aku bergegas pergi tengok. Apa yang aku nampak, Kuniya masih hidup dan dia mengiau kuat bila nampak aku. Sebak sungguh rasa tengok keadaan dia mas tu. Sangat lemah dan kepala dia dihurung beberapa ekor langau. Tak sanggup tengok keadaan dia, aku bawa Kuniya ke Hospital Haiwan di Banting. Mr. Hubby jadi driver. Sarah dan Syaza pun ikut sama. 

Kat sana, doktor cuba juga nak selamatkan Kuniya. Dia nak bagi Kuniya air glukos untuk tenaga. Kuniya memang sangat lemah masa tu. Badan dia juga dah sejuk. Tapi dia masih mengiau. Mungkin sakit kot. Masa doktor tengok 'pesakit' yang baru datang, aku belek-belek Kuniya dengan pembantu dia. Ada benda putih yang mulanya aku sangkakan adalah debunga. Tapi belek punya belek, rupa-rupanya 'debunga' tu adalah telur lalat. Ada banyak sangat kat kepala Kuniya. Ada yang dah kering. Ada yang masih basah. Bila doktor tahu, dia terus belek dan tunjuk pada aku ulat yang sudah mula ada dalam mulut Kuniya yang berdarah. Sebak sungguh rasanya tengok Kuniya masa tu. Aku tanya doktor banyak kali boleh ke nak selamatkan dia. Doktor bagi pendapat yang kalau Kuniya dah bertenaga sikit pun, dia mungkin akan menghadapi masalah lain. Telur lalat tu dah masuk ke telinga. Nanti nak kena bersihkan mulut dia yang pastinya berisiko sebab dia akan gigit balik. Dalam keadaan aku yang sedang sarat ni, tentu payah nak uruskan Kuniya. Bimbang juga kiranya telur lalat tu menetas dalam badan Kuniya dan memberi lebih masalah. Pada dia, 'put him to sleep' lebih baik. Dari sudut kemanusiaan, dia takkan lebih terseksa. Aku diam terdengar. Aku pandang Mr. Hubby dan tanya pendapat. 

Hati jadi tak keruan nak beri keputusan. Aku sayangkan KUniya sangat-sangat walaupun dia macam tu. Kuniya hadiah untuk aku dari bekas teman baik aku. Put him to sleep was not under my intention at all. Aku dah bela Kuniya selama 8 tahun. Menghadapi macam-macam karenah dia. Takkan aku tak nak bersusah jaga dia... Tapi bila fikir balik, aku tak mampu nak menghadapi Kuniya, rawat dan belai dia dalam keadaan macam ni (walau dulu aku pernah bela Quaid, kucing yang lumpuh tak boleh bangun langsung untuk sebulan sebab kemalangan. Tapi Quaid juga mati akhirnya). Berat hati sebab aku terpaksa bersetuju dengan saranan doktor. Euthanasia adalah jalan terakhir. Aku tanyakan doktor whether Kuniya would struggle for his death. Dia kata tak. Dia akan bius sebelum masukkan ubat direct to his lung. Aku akhirnya terpaksa bersetuju to put him to sleep. Kat luar bilik rawatan aku menangis semahunya. Sedih yang amat sebab terpaksa menamatkan riwayat Kuniya. Macam-macam gelagat Kuniya yang terngiang-ngiang dalam kepala masa aku tengok Kuniya dari luar bilik rawatan. Mula aku dengar dia mengiau masa doktor suntik ubat bius. Lepas tu perlahan aku nampak Kuniya semakin mamai dan lepas tu terus tertidur. Kemudian doktor datang dan suntik ubat terus ke jantung. Tak lama aku tengok doktor guna stetoskop untuk dengar jantung. Lepas 10 minit, dia panggil dan bagitau aku yang semua dah selesai. Berderai lagi air mata aku. Doctor Kumar gave me a box and he put Kuniya in the box. 

All the way home I was crying. Syaza peluk aku dan tanya kenapa aku sedih. 

"Mama rindu Kuniya yea? Kuniya dah tak ada?" Aku cuma senyum je sambil paut kepala dia.

Sempat juga bertanya pada Syaza. "Kak Ngah tak sedih ke Kuniya dah mati?"

Selamba dia jawab, "Tak"...

Sarah banyak diam sepanjang perjalanan balik. Sampai rumah mak, aku solat Asar. Bila nak tengok Kuniya, tak sempat sebab ayah dah tanam dia kat kebun belakang. Sampai la ni aku masih terasa-rasa dan teringat-ingatkan dia. Rasa tak seronok sebab aku ambil keputusan mempercepatkan kematian Kuniya. Rasa sedikit bersalah dan terkilan sebab aku tan sempat bawa Kuniya untuk rawatan gigi dia. Apapun, aku terima setiap yang hidup pasti mati. Setelah 8 tahun bersama Kuniya, dia pergi juga akhirnya....

Friday, February 03, 2012

Pemeriksaan darah

Semalam mama dah pergi buat pemeriksaan darah untuk kesan kencing manis. Alhamdulillah, tidak ada apa yang nak dirisaukan. Mama went through 4 series of blood test. First test was on 8 a.m. Lepas pergi ke sekolah, mama clocked in, habis je program bacaan pagi, terus ke klinik. Selepas berpuasa 10 jam, keputusan bacaan glukosa dalam darah adalah 5.2. Alhamdulillah. Mama had a simple breakfast at a restaurant nearby, then berlari semula ke sekolah. Habiskan rancangan mengajar untuk tahun 3 dan enam. Pukul 11.30, pergi semula ke klinik. 2nd test was on 12.05 p.m. Keputusan bacaan. 6.2 Alhamdulillah. Mama terus balik ke rumah. Tak balik ke sekolah sebab waktu sekolah pun tamat jam 1.00.

Cycle yang ke tiga was at 6.p.m. Mama tak makan sejak pukul 3.00. Keputusan bacaan: 5.3. Alhamdulillah. Walaupun mama dah togok Sprite sebotol dengan oren Pulpy Maid, minuman tu tak menjejaskan bacaan gula dalam darah. Pemeriksaan terakhir pukul 10.00 malam. Sebaik lepas pemeriksaan ketiga, mama makan bihun sup, bubur dan sepotong kek dan habiskan baki air Sprite and Pulpy Maid tu. Kebetulan semalam hari lahir Hakim. So, jamah jugalah kek dia. Alhamdulillah, keputusan bacaan glukosa dalam darah untuk pemeriksaan terakhir tu cuma 6.6. Jadi, tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Dr Khiriah kata mama tak perlu bersalin awal. Hehehe.... Jadi, tak ada la istilah kena paksa bersalin untuk kelahiran ketiga ni. Insyaallah. Doakan moga semuanya selamat. Amin. :D