Lama sudah aku mahu menulis tentang penyusuan. Pengalaman menyusukan kedua-dua anak memang sesuatu yang sangat indah. Lagi pula bila kita dakap dia sambil dia memenuhkan kantungnya dengan makanan yang kita berikan khas untuk dia – susu ibu. Sebagaimana mamalia lain yang Allah ciptakan di dunia ini, manusia mampu menghasilkan makanan sendiri untuk anaknya sebaik sahaja dia melahirkan. Tidak ada susu yang lebih baik selain dari susu manusia untuk manusia itu sendiri. Manusia tidak seharusnya disusukan dengan susu lembu kerana manusia bukan lembu. Dia juga tidak seharusnya disusukan dengan susu kambing kerana manusia bukan kambing. Maaf jika tulisan aku kali ni memang kasar kerana ia sememangnya kasar. Ketahuilah semua ibu, ibu itu sangat istimewa kerana dia adalah satu-satunya insan yang mampu menghasilkan makanan untuk anaknya sendiri. Tidak suami, tidak lelaki dan bukan juga anak-anak. Itu keistimewaan yang Allah kurniakan untuk para ibu.
Fakta yang setiap ibu perlu tahu, apabila anak kita lahir, mereka hanya mempunyai perut sebesar buah ceri. Jadi ianya sangat kecil. Cukuplah kolustrum yang kita hasilkan pada 1-3 hari pertama itu untuk memenuhi perut comel mereka. Tidak perlu susu tambahan pun! Jadi, janganlah risau anak kita tidak cukup susu. Pastinya mencukupi untuk mereka. Jangan pula ibu membandingkan tahap pengeluaran susu ibu dengan ibu yang lain. Setiap ibu mengeluarkan jumlah susu yang hanya bersesuaian untuk anak mereka sendiri. APA YANG PENTING DALAM MENYUSUKAN ANAK SECARA EKSKLUSIF ADALAH PENETAPAN MINDA. Jika kita tidak yakin mampu menyusukan anak, mana mungkin otak kita akan jadi yakin dengan usaha murni ini? Jadi, siap-siap beritahu diri bahawa susu kita memang mencukupi untuk anak dan tidak perlulah bersedia dengan susu lembu. Hanya segelintir ibu sahaja yang tidak mampu menyusukan anak. Namun, hanya 14.5% peratus sahaja ibu di Malaysia (Kajian Kesihatan dan Morbiditi Ketiga Malaysia, 2006) yang menyusukan anak mereka sendiri. Selebihnya memberi tanggungjawab menyusu ini pada rakan mamalia yang lain sama ada lembu atau kambing. Bukankah itu sesuatu yang amat menyedihkan?
Susu ibu yang baru diperah tahan pada suhu bilik dari 4 hingga 6 jam. Biasanya, saya sendiri tidak memasukkan suhu yang baru diperah ke dalam cooler bag sebab waktu kerja yang singkat. Jadi, saya hanya masukkan dalam beg biasa selepas memerah susu sekitar 4 petang dan sebaik sampai di rumah jam 7.30 malam, terus saya pindahkan dalam plastik dan disimpan di dalam peti sejuk. Senang begitu. Hmmm…. Nanti kita sambung ek.
2 comments:
Salam k.hanim.. Saya sokong susu ibu, insya Allah, lepas deliver baby nanti akan usaha sungguh2 bg susu badan. Nanti boleh la saya menuntut ilmu k
Sangat2 digalakkan. Ingat konsep susu ibu, supply by demand. Jangan sesekali meragui kuantiti susu. Bila tersimpan rasa 'kalau tak cukup, kena juga bagi susu formula', nanti susu 'merajuk' tak nak keluar.... hehehhe... kalau ada masa, awak blh pergi ke kursus penyusuan. baik untuk prepare diri awal2. Tahu apa nak buat bila ada masalah terjadi. :D
Post a Comment