Selain dari khasiat yang ada dan elok untuk si anak, ia juga memberi manfaat kepada si ibu dan bapa. Pusing-pusing pun, susu ibu masih menang. Kocek ibu bapa pun tak bocor dek kerana perlu membeli susu tepung yang pelbagai jenama.
Tuesday, December 28, 2010
Meneruskan penyusuan
Selain dari khasiat yang ada dan elok untuk si anak, ia juga memberi manfaat kepada si ibu dan bapa. Pusing-pusing pun, susu ibu masih menang. Kocek ibu bapa pun tak bocor dek kerana perlu membeli susu tepung yang pelbagai jenama.
Monday, December 27, 2010
Buah-buahan kegemaranku
Saturday, December 18, 2010
EBM vs FM
LEMAK
- Kaya dengan agen pembentukan otak iaitu OMEGA 3 yg dikenali sbg DHA & AA.telah diubah suai secara automatik untuk menepati keperluan bayi.kaya dengan kolestrolkadar penyerapan yang hampir sempurna.
- Mengandungi lemak yang membantu proses penghadaman yg di kenali sebagai 'lipase'
- Tiada DHA
- Tidak sesuai dengan keperluan bayi
- tiada kolestrol
- tidak menyerap dgn sempurna
- tidak mengandungi lipase
- Dadih yang terhasil lebih lembut dan mudah dihadamkan
- kadar penyerapan yg hampir sempurna; lebih tinggi dalam susu yg dihasilkan oleh ibu yg bersalin awal.
- Lactoferrin untuk kesihatan usus
- kaya dgn protein yg membantu dalam pembentukan otak dan tubuh.
- kaya dalam faktor tumbesaran.
- agak sukar untuk dihadamkan kerana dadih yg terhasil lebih kenyal
- tidak dapat diserap sepenuhnya oleh badan akibatnya lebih banyak bahan yang perlu dikeluarkan sebagai bahan kumuhan.pada masa yang sama turut membebankan buah pinggang.
- tiada lactoferrin
- kurang protein yg dapat membantu pembentukan tubuh dan otak
- kurang membantu perkembangan bayi
- kaya dengan laktosa
- kaya dengan oligosaccharides yg membantu kesihatan usus
- sesetengah susu formula tidak mengandungi laktosakurang oligosaccharides
- banyak dalam sel darah putih dan berjuta dalam setiap penyusuan
- kaya dengan immunoglobulin
- tiada sel darah putih atau apa jua sel hidup. Makanan tidak bernyawa kurang mengandungi kebaikan imunnya.
- terlalu sedikit immunoglobulin.
- lebih mudah menyerap terutamanya zink, besi dan kalsium.
- besi akan diserap di antara 50-75%mengandungi lebih banyak selenium (anti-oksida)
- tidak diserap dengan baik
- hanya 5-10% besi yang mampu menyerap
- kurang kandungan selenium (anti-oksida)
- kaya dengan enzim penghadam sprt lipase dan amylase
- juga kaya dengan pelbagai hormon lain, sprt thyroid, prolaktin, oxytocin byk lagi.
- pelbagai bergantung kepada diet ibu.
- proses pembuatannya menghapuskan enzim penghadaman
- hormon turut terhapus
- sentiasa mempunyai rasa yg sama
- memerlukan sekitar RM600 setahun untuk makanan tambahan yg berkhasiat untuk si ibu.
- memerlukan sekitar RM1200 setahun
- mungkin kosnya meningkat sehingga RM2500 setahun bagi susu yg direka khas dgn formula hypoallergickos utk botol dan brg yg berkaitan
- hilang pendapatan jika bayi sakit (harga adalah berdasarkan kpd susu formula popular yg ada di pasaran).
Tuesday, December 14, 2010
al muallim by sami yusaf
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...
Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..
Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled
Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)
Monday, December 13, 2010
Makanan minggu ini
Sunday, December 12, 2010
Susu kurang...
Thursday, December 09, 2010
Cara menulis surat peletakan jawatan sbg GSTT
- Bila menulis surat peletakan jawatan, pastikan tarikhnya sebulan atau lebih dari tarikh hendak meletak jawatan. Contohnya, tawaran KPLI keluar pada 14 Jun 2010 dan anda dikehendaki mendaftar pada 28 Jun 2010. Oleh kerana hari terakhir di sekolah adalah pada 25 Jun 2010, jadi, tarikh surat berkenaan adalah 24 Mei 2010.
- Jangan sesekali menulis sebab berhenti adalah kerana tawaran KPLI. Kata sahaja anda sudah mendapat tawaran kerja baru. Ini kerana, ada pihak JPN yang terlalu 'skema' akan mengambil kira bahawa notis itu tidak cukup kerana mereka sedia maklum, pihak BPG memberikan notis dua minggu sebelum tarikh pendaftaran.
Tuesday, December 07, 2010
Nama syaitan dalam Surah Fatihah
Nama syaitan
- DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
- HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
- KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
- KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK'
- KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
- Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYya. - Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!! Na'udzubillahimindzalik....
- SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
- AMIN ................hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Perhatian: Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,
Monday, December 06, 2010
Doa Menyambut Tahun Baru
Friday, December 03, 2010
Isu bertudung (untuk kesekian kalinya)
Yang lain pula, memang cukup suka menyelempangkan tudung yang dipakainya kebelakang leher. Maka, terdedahlah permata yang sentiasa menjadi idaman lelaki. Hoho...
Dan satu lagi, bertudung tapi tudungnya nipis. Maka nampaklah batang leher yang jinjang... Macam tudung bawal, tudung tenggiri... Aku pun pelik kenapa ada yang suka pakai tudung-tudung macam tu. Memang cantik sebab ada batu-batu lawa... Tapi, tak bolehkah cari tudung yang tidak jarang? hmmm...
Ketahuilah, orang Kristian dan Yahudi juga bertudung. Dan ketahuilah juga bahawa orang Islam perlu dibezakan dari mereka. Kenapa? Sebab setiap orang itu ada identiti masing-masing. Kenapa perlu menyerupai orang lain tika kita mampu berdiri dengan identiti kita sendiri? Dalam hadis sendiri sudah dinyatakan.
Jadi, senang cerita, bila tengok balik artikel kat Ustaz Zaharuddin tu, kaitkan semula sejauh mana kita kaum wanita menjaga hak lelaki dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Kita menghina lelaki yang mencabul kehormatan wanita lain. Puas dikata dan diumpat. Tetapi, jika dilihat semula, wanita itu mungkin 'sengaja' menduga lelaki itu dengan cara dia berpakaian. Maka, orang kata, bertemu buku dengan ruaslah.
Wednesday, December 01, 2010
Saiz perut bayi
Ramai ibu yang baru melahirkan anak risau tentang anak kecilnya yang tidak cukup susu. Ada antara kawan-kawan yang tidak yakin susu ibu dapat memenuhi kantung perut dan mengenyangkan bayi mereka. Ramai juga antara mereka tidak tahu, bahawa saiz perut si kecil yang baru lahir tidak lebih dari sebesar guli kecil ataupun sebiji kacang kuda (5-7ml). Dan kerana kurangnya kesedaran tentang saiz perut bayi baru lahir, maka ramai ibu yang tidak yakin untuk menyusukan anak mereka kerana menyangka susu yang mereka hasilkan tidak sebanyak susu formula dalam botol kecil yang mereka buat.
Tuesday, November 30, 2010
Akhirnya ia terjadi juga
Mujurlah masih boleh diguna lagi. Tapi kena basuh bersih la gamaknya... siap tinggal roti dan biskut dalam tu. Agaknya nak buat bekal kalau-kalau aku tak tutup rapat lagi kot. Huh! jangan haraplah cik tikus!!
Monday, November 29, 2010
For teachers to ponder upon
Payahnya nak tidur...
Sunday, November 28, 2010
mama.. Adik.. Nak.. Susu.. Please..
Friday, November 26, 2010
Burger buat sendiri
Sesak dada
Wednesday, November 24, 2010
Habit Syaza
Bahaya air dan susu formula bagi bayi kurang 6 bulan
- Merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.
- Tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencar kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat.
- Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ia boleh mendedahkan risiko bayi cirit-birit.
- Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
- Bayi yang menghidap jaundis (demam kuning), air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam dara yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung dan sawan tarik.
Nike = Dewi Roman
Dah lama nak menulis tentang hal ni. Tapi asyik la terbantut. Just a short note for you guys to ponder upon. We are so proud of buying Nike products. For us, Nike is a matter of status because not all can afford to buy Nike products (even though nowadays, fake ones are also available). But do you know that Nike is a name of a Roman goddess? Do you ever notice that you are wearing a goddess name that is totally opposed your own religion as a muslim? Believe it or not, you are promoting the goddess. You buy the product, you display the product and you even proud to own the products. You will avoid buying cross because it will associate you with Christianity. But don't you think that WEARING AND OWN Nike products will associate you with that Roman goddess? Tepuk dada tanya iman. May Allah bless us all. Amin.
Tuesday, November 16, 2010
Syaza dan mama
Sunday, November 14, 2010
Kreatifnya Sarah
Mama memang tak sangka Sarah boleh buat macam-macam sekarang ni. Tadi, Sarah dok ikat tali kat lengan.
Hormatilah guru kita
Aku terpanggil menceritakan kisah aku dan guru aku satu ketika dulu. Kerana kisah itu juga, maka aku selalu mengingatkan diri aku untuk sentiasa mengingati guru tidak kira bagaimanapun sikap dan perangainya melayan kita...
Masa aku belajar di UIA dulu, aku belajar subjek Intorduction to ... (aku dha lupa nama subjek tu). Aku memang minat juga dengan subjek tu. Tambahan pula, pensyarahnya memang pandai mengajar. Boleh dikatakan aku agak suka dengannya dek kerana minat dengan subjek tersebut. Namun, satu hari, aku menegur kesalahan yang dilakukan oleh pensyarah itu di dalam kelas di hadapan pelajar-pelajarnya yang lain. Cara aku menegur agak kurang ajar dan tidak sepatutnya berlaku. Sebaik aku menegur, rakan baik aku menyiku aku dan menunjukkan wajah kurang senang. Sehabis waktu kelas, dia memarahi aku kerana sikap aku yang dikira kurang ajar menjatuhkan air muka pensyarah di hadapan kawan-kawan. Aku pula berkeras mempertahankan perbuatan aku kerana aku kira itu perkara biasa.
Selepas itu, kelas tersebut masih berjalan seperti biasa. Aku berjaya mendapat markah yang baik dan aku jangkakan aku boleh mendapat paling kurang B untuk subjek berkenaan. Namun, menjelang hari peperiksaan, aku menghadapi sedikit masalah. Entah apa silapnya, apa yang aku baca tidak langsung masuk ke otak. Malah, aku tidur lebih awal pada malam tersebut.
Sememangnya Allah nak tunjuk kekuasaan-Nya betapa aku memang salah dalam hal menegur pensyarah aku tu. Ketika waktu peperiksaan, aku langsung tidak boleh menjawab. FIkiran aku jadi bingung dan buntu. Selalunya, aku memang keluar awal pada setiap kali waktu peperiksaan. Namun, untuk subjek kali ini, aku tidak keluar awal seperti biasa. Bukan setakat tidak boleh keluar awal. Aku tidak mampu menjawab langsung soalan tersebut. Sehabis sahaja waktu peperiksaan, aku membiarkan kawan-kawan lain keluar. Aku adalah orang terakhir yang keluar dari dewan peperiksaan. Itu pun selepas aku selesai menangis. Air mata berjura-jurai keluar sebaik aku menghantar skrip jawapan peperiksaan. Tidak ada apa yang aku jawab. Terus aku teringat apa yang sudah aku lakukan. Keputusan gred subjek itu. C. Cukup2 makan.
Sedih memang sedih. Sebab aku yakin boleh score subjek ni. Tapi, Allah nak tunjuk kat aku. Nak bagi aku sedar. Jangan bongkak. Jangan sombong dengan guru. Walau pandai macamana pun, guru adalah orag yang mencurah ilmu pada kita. Andai guru kita salah, jangan kita segera tuding jari. Ada cara untuk menegur kesalahan setiap manusia. Memang sejak hari itu, aku cuba berhati-hati bila berdepan dengan insan bernama guru. Kalaupun cara dan sikapnya membuatkan aku berasa tidak senang dan menyampah, aku akan cuba pastikan aku tidak kurang ajar dengannya. Kerana, jika guru tidak redha dengan kita, maka ilmunya selamanya sukar untuk masuk dalam diri. Percayalah. Jadikan iktibar. HORMATI GURU WALAUPUN DIA LEBIH RENDAH PENDIDIKANNYA DARI KITA. Kerana, walaupun dia muda usianya, dia tetap guru kita, yang memberi kita ilmu untuk kita meneruskan hidup di dunia ini.