Wednesday, June 02, 2010

Bonggol unta khurasan


Sekadar contoh...

Terpanggil untuk turut sama membicarakan soal ini. Mengambil idea dari Cik Nad kita. Terima kasih Nad. Lately, memang dah jadi fesyen orang perempuan pakai tudung tetapi mengenakan ikatan rambut yang tinggi hinggakan dengan berhijab pun orang tahu yang dia berambut panjang. Selama yang aku tahu, memang tak boleh. Hukum? Tidak pula aku pasti macamana. Tapi kalau nak tahu lebih lanjut, lihat di sini.

Seeloknya, aku rasa tak perlulah melakukan sebegitu. Kalau berambut panjang, ikatlah seadanya. Tak perlu ditocang tinggi-tinggi. Satu lagi, trend bertudung ala-ala rahib. Mungkin tak disedari sebab cuma nampak cantiknya. Tapi kan lebih elok lihat dan teliti dulu sebelum ikut.

Aku try cari imej wanita muslim bertudung macam ni tapi tak jumpa yang sesuai. Personally, aku kurang gemar cara begini. Dari segi hukum, aku tak pasti. Belum sempat mencari fakta. Mungkin masa cuti nanti... hihik...

Satu lagi, tudung bawal. Nipis yang amat hingga menampakkan tengkok. Tetapi masih dipakai untuk 'menutup aurat'. Fikir-fikirkan... :D Anyway, I'm not that good. But is trying to be good. Insyaallah...

2 comments:

mama_alifsarah said...

rasanya time kita belajar dulu ustazah ada bagitau bongol tinggi2 ni cam tak elok dibuat kan... tapi tak sure gak lah hukumnya... haram or not... secara peribadi pun mona tak minat.. nak kata nampak cantik, tak jugak... tapi terpulang pada citarasa masing2 la kan...

Mama Iman said...

secara peribadi, aku rasa tak la cantik sangat. Rasanya kalau tutup proper accordingly, nampak lebih santun dan wanitanya.... :D

There was an error in this gadget