Thursday, April 14, 2011

Hari-hari terakhir latihan mengajar

Esok adalah hari terakhir praktikum. Sekejap je tiga bulan berlalu... Minggu depan akan bermula rutin ke IPBA dan mula juga la bercinta dengan kesesakan lalulintas. Aduuhai.... di bawah ni adalah gambar kenangan dengan 4 Firus. Banyak juga hadiah dan bunga yang mereka beri. Tahun 5 Kecubung pun tak ketinggalan. Yang sungguh menyentuh perasaan apabila pagi tadi, Fazira beri sekeping gambar dan sebungkus nasi lemak. Ya Allah... sungguh... aku sangat terharu... terima kasih pada anak-anak didik yang ikhlas mengingati cikgu... Sampai kita jumpa lagi yea...

Masing-masing lepas gian menulis bila diberi peluang... tengok... kata Zulhusni...

Sarah, Amirul dan Mujahid. Amirul istimewa di mata saya kerana keistimewaannya sebagai anak autisme yang bijak berbahasa Inggeris dan cukup pandai serta cekap melukis.

Fatin. Kepetahan berbahasa Inggeris mengalahkan saya.

Fazira dan Nazatul.

Murid-murid lelaki 4 Firus

Pantang disuruh bergambar....



Mujahid yang jahat (kata kawan-kawan tau... bukan saya) dan Muhammad Kamal Hussin (kembar Muhammad Kamal Hassan) yang dulu amat pendiam dan tak pernah menunjukkan emosi dan perasaan bila kena marah, tiba-tiba jadi hiperaktif dalam kelas. hahahah....


Peace guys... Teacher is gonna miss you all.... Do take care...

Huhuu....

3 comments:

syayassir said...

alahai...
cepat je masa berlalu kan...
mesti sedih nak tinggalkan diorang...

izzad said...

memang best kan...diorg pun dah dapat rasa kite nak tinggalkan diorang.. :(

Mama Iman said...

sya... mmg la sedih. bagi macam2. nasi lemak la.. gelang tangan la... selendang bagai.... aduuhai.... budak2 yg comel.... mmg akan rindu dengan gelagat diorang... posting is just around the corner... uhuk...

pokja... seronok masa amik gamba ni... suma tetiba je kuar belang... dari yg dok diam tetiba je leh jadi hyperactive... hohoho....

There was an error in this gadget