Monday, April 11, 2011

Lavendar Bakery


Dah lama nak tulis cerita ni. Cuma asyik lupa je... Kepada yang duduk dan menetap di Bukit Tinggi, hati-hati ketika berkunjung ke Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Ramai barangkali yang tak tahu bahawa logo halal yang tertulis di sebuah kedai bakeri iaitu Lavendar Bakery adalah tidak sah. Pelik bin ajaib sebab logo tu dah tertampal sejak sekian lama. Mula-mula buka, tiada logo halal. Aku pun pernah membeli di situ. Lama-lama rasa sedikit ragu. Jadi, aku berhenti membeli. Aku selalu perhatikan kedai ni. Satu hari, tiba-tiba terkeluar logo Halal dari negeri Johor. Mungkin sebab asal usul kedai ni dari Johor kot. Tapi aku masih tak rasa nak membeli sebab mula rasa semakin ragu.



Entah bila, tiba-tiba keluar pula logo halal dari JAKIM. Sebab rasa ragu makin memuncak, aku email ke bahagian halal JAKIM. Mereka cuma balas akan ambil tindakan. Tapi mungkin kekurangan kakitangan (think positive), hingga kini aku masih lihat logo tu tertampal di dinding kaca kedai.

Apa yang aku tahu, untuk mendapatkan sijil halal, syarikat perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pekerja muslim yang berkuasa penuh bagi mendapatkan barang-barang mentah. Tapi, kedai tersebut aku lihat dipenuhi oleh orang bukan Islam dan beberapa orang pekerja luar negara (Bangla kot... berdasarkan kulit dan rupa). Tak pasti pula ada orang Islam ke tak di situ.

Dan shingga kini juga, aku masih melihat keputusan yang sama apabila aku buat carian di Halal JAKIM untuk mencari kepastian.




11 comments:

Cikgu Abah said...

hurmm..ni la masalahnye..logo halal..
kalau ade logo halal pon belum tentu halal..susah nak ckp..

fizah said...

tgu ade tindakan..baru leh caya... tapi penah beli sekali je sebab npk logo tuh...pehni x nak dah...ehe

Anonymous said...

ni la mslh kte kt Msia..rsnye..Jakim pn patut ade emergency team "bhg siasatan" y blh respond pd aduan within 24 hours.

syayassir said...

ha ah...
dulu2 husband pernah nak terbeli kat situ. tapi, bila perhatikan semua staf kat situ takde muka Muslim, saya tak bagi. sampai sekarang, rasa heran tengok orang kita yang duk membeli kat situ..

Mama Iman said...

tu la... rasa nak mcm nk p rush sendiri n jumpa manager kat situ... sungguh.... kalu la aku ada kekuatan sehingga ke situ... geram sebab logo halal tertampal tapi nama syarikat ataupun no pendaftaran tetap tak muncul... sedih... kita org Islam ni pun percaya la dgn tipu muslihat... kesian kat kita... jadi lepas ni kena lebih berhati-hati...

tambah pendapatan said...

susah nk ckp k.nim. masalah ni kalo ade org sungguh2 nk tlg selesaikan pun, org tu yg kena balik. cth nye mak saya, diberi notis 1 minggu utk tukar ke jabatan lain gara2 menegur dan membangkang keputusan seorg menteri kabinet. org atas pun ikut jer.. last2 org bawahan ni kena tukar.. tp mak saya kate, xpe tent ade hikmahnya.. yg kesian, kite org islam...

Mama Iman said...

mmg betul... sgt susah untuk menegakkan kebenaran skrg ni... kita dah beria2, tp org lain pula tak nak... terpaksa la berusaha sendiri... tp yg penting... niat tu ada... org atas tanggung la... kita dah selesaikan tanggungjawab kita mana yg terdaya...

Unknown said...

Satu je nak cakap..terang2 kek die ade tulis 'gelatin'.. lemak babi la kan? Selambe je org melayu beli

Unknown said...

Satu je nak cakap..terang2 kek die ade tulis 'gelatin'.. lemak babi la kan? Selambe je org melayu beli

Unknown said...

Dah lama tak masuk. So tak tau apa roti yang dijual kat situ. Tengok je dari jauh.

Unknown said...

Sebelum saya beli saya tanya halal tak?mereka kata halal saya minta sijil halal sebagai bukti,mereka kata otw so tak ada sijil saya tak berani beli.