Monday, April 04, 2011

Pemandu tidak berhemah


Memang setiap pagi ke sekolah, aku pasti akan lalui benda yang sama. Sampai ke hari ini, aku masih lagi tidak faham kenapa orang kita tidak tahu malu dan bersalah apabila buat salah. Contoh yang paling jelas, bila berada di atas jalan raya. Tanpa rasa malu dan segan, seronok je dia potong barisan. Kalau ikutkan, barisan aku adalah barisan yang akan membelok ke kanan sementara barisan di sebelah kiri perlu jalan terus.

Tapi, dek kerana mengharapkan orang lain memahami yang dia sudah lambat (agaknya la...), maka tanpa rasa malu dia memotong jalan. Perkara ni, kalau tak dibendung, akhirnya (sekarang pun sudah nampak jadinya) akan menjadikan manusia tempatan ni tak tahu malu bila buat salah. Kadang-kadang, aku sendiri terasa yang perbuatan membunyikan hon untuk menyedarkan mereka itu sedang melakukan kesalahan adalah perbuatan yang salah (ait... dunia macam dah terbalik pula kan...).

Tak boleh ke mereka berfikir, jika tidak suka orang buat buruk pada kita, janganlah kita pula yang melakukan perkara buruk pada orang lain. Bukankah buruk rupanya tu?

Alaaahai.... Sungguh... aku tak faham....

3 comments:

syayassir said...

ye ye...
saya pun selalu je mengalami masalah dengan pemandu tak berapa berhemah ni... kadang2, pagi je dah membebel dalam hati bila berjumpa dengan golongan ni.... huhu

Fazil Hamid said...

kalo jam ok lg...
kalo kemalangan..?
ambulan nak lalu pon xde ruang..

Mama Iman said...

memang pn sya... fazil... diorang ni punya prinsipn hidup ialah... bio org lain susah.. jgn smp aku yg susah.... tp deme ni lupe... roda hidup sentiasa berpusing... huhuh... pe aku ckp ni... hahahaha.... tp mmg setiap pg jd bengang dan mood selalu terganggu dek sikap deme ni...

There was an error in this gadget