Sunday, April 24, 2011

Ibu susuan Syaza

Semalam baru mama berkesempatan berjalan-jalan ke Puncak Alam setelah lebih 5 bulan tak ke sana. Adik Nur, adik susuan Syaza baru lepas jalani pembedahan labial frenulum. Alhamdulillah, adik Nur tak ada masalah apa-apa. Lama dah mama tak tengok adik Nur. Jadi, semalam dia memang malu-malu dan takut-talut. Sebab papa Faiz Syaza ada temujanji dengan doktor, jadi kita tak dapat lama-lama dengan Mama Aja. Insyaallah, kalau ada kelapangan lagi, kita pergi jalan-jalan ke sana lagi.

Mama cuma nak beritahu Syaza, yang Syaza ada ibu susuan. Nanti kalau Syaza dah boleh baca, Syaza kena ingat tentang tu. Syaza ada 4 beradik susuan. Kak Azalea, Kak Dina, Abg Rayyan dan Adik Nur. Memang mama pun tak sangka juga nanti anak mama akan ada keluarga susuan. Alhamdulillah, Syaza masih lagi tak campur susu. Masih lagi susu ibu sepenuhnya. Susu mama dan susu Mama Aja.

Mama tak sempat nak ambil gambar walaupun dah dua kali pergi ke sana. Nanti la... Buat masa ni, mama ambil gambar dari blog Mama Aja je... tu pun ada gambar Adik Nur dan Abang Rayyan.
Adik Nur Qurratun Aini
(Aja... betulkan namanya kalau salah ni... tak ingat... short term memory loss... hahahah)


Abang Rayyan (tak tau nama penuh... ngeee...)

3 comments:

Fazil Hamid said...

wah bagus2...
ni ank sy yg akn dtg ni..nak jd ibu susuan tak..?

Mama Iman said...

sanggupkah engkau menjadikan akak ni ibu susuan anak ko? boleh je kalau nak... aku no hal.. ikut sunnah kan... insyaallah... kot la tak de anak ramai, dpt anak susuan yg ramai pun, jaaadi la... :D

Fazil Hamid said...

tp kak anim posting ke sabah kn...jauh tu...huhuhu...

There was an error in this gadget