Sunday, April 10, 2011

Kejadian yang sering menghantui diri...

Jangan salah sangka lagi yea... Kali ini mari kita menguji minda kita. Sila baca situasi di bawah dan teka apa yang akan berlaku?

Situasi 1: Sebuah kereta yang sudah hangus terbakar tersadai di tepi lebuhraya di lorong kecemasan. Jangka masa kereta tersebut berada di tepi lebuhraya tidak dapat dipastikan. Yang pasti, bukan baru berlaku dalam masa dua jam. Agak-agak, apa yang akan berlaku kepada keadaan trafik?

Situasi 2: Sebuah kereta terlanggar sebuah kereta lain di lebuhraya. Kedudukan kereta-kereta tersebut berada di lorong laju. Kejadian masih lagi baru terjadi. Agak-agak, apa yang akan berlaku kepada keadaan trafik di laluan bertentangan?



Disebabkan keadaan sangat sesak selepas laluan keluar ke Seremban, ditambah pula penghawa dingin macam biskut... kejap ada.. kejap takde... aku sempat la juga rakam adegan ni... Yang paling seronok bila ada kereta yang sakan guna lorong kecemasan tapi bila nampak aku guna perakam, terus bagi lampu isyarat masuk semula ke lorong biasa... haha... apa punya orang la...

2 comments:

syayassir said...

memang geram dengan kereta2 yang gunakan lorong kecemasan ni... macam tak boleh nak sabar...

Mama Iman said...

yg geram tu... jam semalam disebabkan kereta yg dah rentung entah bila kat lorong kecemasan. diorang lak p bantai ikut lorong tu... grrr... sangat geram. rasa macam nak buka pintu bio diorang langgar pintu keta sy la.. hahahah... jahat giler....

There was an error in this gadget