

Perit memang perit... Bukan sebab tak blh dpt at least after three months... tapi disebabkan kelembapan kura-kura buat kerja, maka GSTT terima padahnya... Well, aku pun pelik kenapa mesti lambat. Surat tawaran diterima oleh pihak sekolah sehari sebelum aku daftar masuk which was on 4th of January 2010. Aku report duty on 5th, the following day. GSTT received the letter around middle of February and kena buat medical checkup (some schools use the previous year report). Hantar bulan 3, lepas tu ntah cmna wat keje, about few days after I submitted the medical report, the kura-kura told me that one of the documents was incomplete. Geram juga. Macamana perasan lepas few days. Kenapa tak semak dulu the forms once we submitted. At least you told us a day after the form submission. Sengal!!! Then, cuti sekolah, on monday, the kura-kura called me asking whether kali ni aku renew application or new application? I wondered why she asked. Then, after school holiday, when i asked about the salary, she told me that she forgot (weh... muka dia selamba je tau!) to called my former school. dan dengan selambanya juga dia berkata, tak janji dapat gaji bulan tiga.... senangnya dia berkata kan.... hmmmm.... komen aku? Moga satu hari nanti dia rasa keperitannya.... |
I don't have 24 hours in front of laptop. Wish there'll be a technology which can quickly record whatever I wish to record and transfer it to my blog. One thing about writing is.... I love writing. It is just that.... when an idea comes out but my laptop is not available for me to put it in, the idea will fade away... I will become lazy to reproduce the words... hahahah.... or.... my little Syaza awakes.... huhu... |
Hari ni diari hidup aku bermula jam 5.30 pagi. Huiiyoooo!!! Best kan? Sarah pun bangun awal. Pukul 5.15 (aku masa tu tengah mamai lagi), dia dah bangun kejut abah dia minta susu. Samar-samar aku dengar abah dia kata air tengah masak. Lepas tu, aku sedar 5.30, abah kesayangan Sarah tengah tidur. Terlelap la tu. Sarah pula masih setia menanti abah dia bangun buatkan susu. Kesian aku tengok. Aku pun bangun buatkan susu. Lepas tu aku minum segelas air (baru mula belajar tentang kebaikannya - menguatkan daya imun dalam badan), lepas tu terus ngadap laptop buat nota Geografi (bila la nak siap....). Sarah pula terus ke depan tengok TV. Kartun la... apa lagi.... Pukul 6.30, aku solat subuh. Kejut suami yang kusayang bangun subuh. Kali ni aku saja kejut lewat sikit sebab semalam dia keletihan balik kerja lewat. Sampai rumah almost 9 p.m. Bila aku tanya jadi ke nak pergi Aquaria hari ni? Dia kata, "Entah la. Macam penat". Bila dengar macam tu, aku tak banyak soal dah. Kesian pun ada. Tak pe la.... tak jadi, aku boleh teruskan perjuangan buat nota Geografi ni. Pukul 7.30, aku mandi (dah habit mandi pagi. lagipun sejak ada pemanas air, aku lebih semangat memulakan waktu pagi selepas mandi). Dengar suami aku dah basuh-basuh kereta dan van kat luar. Uihh... dia pun rajin. Kata penat. Lepas mandi, aku sambung buat nota (sambil-sambil tengok blog orang... hehehe...). Lagipun kalau Mr. Hubby tak kerja, aku akan ke dapur lewat sikit. Sekarang ni pun dia tengah diet. Jadi, sarapan memang ekspres la. Wholemeal cereal je.... Tengah syok buat nota (plus menulis blog. Hehehe.. padan la nota tak siap-siap), Mr. Hubby masuk bilik dan bertanya, "Tak nak pergi ke?" Ait... tadi kata penat..... Aku pun..... hmmmm.... "Tak penat?" "Takde la. Pergi pagi. Nanti petang boleh terus pergi Putrajaya tengok belon panas." Jawab dia selamba.... Huiyooo.. ni memang tak penat ni... Ok la... aku pun sambung sat tulis blog ni.... dan nak bersiap pergi.... Nanti kalau sempat aku post gambar-gambar ek..... |
Alhamdulillah, aku baru je selesai masak makan tengahari. Eh, dah pukul 4.00 petang! Hehehe.... tengahari dah siap masak nasi beriani dan goreng ayam. Lepas tu, kak long pula ajak pergi Banting. Jadi aku pun teman la dia cari kasut anak-anaknya. Balik dari Banting dah pukul 2.00. Disebabkan Sarah tak nak ikut aku balik rumah (dia memang suka sangat duduk rumah ummi a.k.a kak long aku), maka aku dengan senangnya masukkan Syaza yang dah lelap dalam kereta tadi ke dalam buaian. Solat zohor dulu. Lepas tu aku sinsing lengan baju dan sambung kerja memasak. Buat dalca dan masak ayam merah beserta acar mudah. Pukul 3.30 baru siap segala termasuk la kemas dapur (memang habit aku kalau dah masak, dapur mesti dikemas terlebih dahulu sebelum melantak. :D) Lepas makan, baru je nak mula buat nota Geografi Tingkatan 2 (khas untuk pelajar 2 Fasih, kelas hujung), Syaza pun gerak-gerak nak bangun. Aduuuuhaiii.... Hampir-hampir kerja aku terbengkalai lagi. Tinggal 4 bab je lagi.. Tapi tu pun payah benar nak siap. Ingatkan Jumaat ni nak hantar buat salinan. Tapi tak tau la camna. Aku angkat Syaza, susukan dan dia terlelap balik. Harap-harapnya lena sampai abah dia balik pukul 6 ni. Hehehe.... Lepas tu malam aku la yang merana kena layan dia sebab dah puas tidur petang. Hahaha... padan muka aku!!! p/s: Moga-moga aku sempat siapkan nota Geografi ni untuk anak-anak murid aku. Aku cuba nak bantu mereka yang sangat lemah... Bukan siapa pun, anak bangsa aku sendiri yang bakal mencorakkan dunia Sarah dan Syaza nanti.... |
Sarah tengah solat. That picture was taken few months before mama delivered Syaza. Cute eh? Hahaha....
Mama can't remember when mama took the picture. But the pose was not easy taken. Mama had to struggle to put on the red tudung and quickly snapped the photo before Syaza took it off. :D
See.... you were trying to put off the cute tudung.
Picture 4 was taken right after we got back from household shopping. Both of you took the diapers to our room and play with it. Hehehe... macam orang tak pernah jumpa lampin.
Yang gamba ke-5 tu gaya Syaza yang dah pandai minum air guna sipping cup. Heheh.. Beria je...
Next photo was taken by abah one nite. Last week kot...
And the other one was taken by Sarah herself... Perasan comel la tu....
Bila check nama kat panggilan untuk MTest, dukacita la juga. Memang aku mengharapkan untuk jadi guru tetap. Tapi, kalau memang takde rezeki, nak buat macamana. Mungkin tahun ni lebih ketat pengambilannya. First time cuba dulu, terus dapat masuk. Cuma rezeki takde, terpaksa tolak sebab tunggu due Syaza masa tu. Second time applied, suma setakat dapat MTest je. Third time ni, hapa pun tarak... hehehe.... sedih juga. Tapi.... takde sapa nak pujuk pun. Pujuk la diri sendiri.... Makan dan telan la sendiri..... :( |
Hari ni aku ikut Jalan Kebun sebab nak pergi rumah mak kejap. Selalunya aku sampai rumah lebih kurang 7.20 ke 7.30 malam. Dan selalunya on the home, I listen to IKIM.fm. Rasa tenang sebab banyak zikir, nasyid, usrah dan sebagainya. Tadi, aku sampai area batu 9 agak lewat. Lebih kurang 7.25. Azan kat radio pun dah berkumandang. Yang 'seronoknya', ada lagi budak-budak muda yang tengah seronok melepak tepi-tepi jalan. Ada juga sekumpulan orang tua yang sedang duduk minum-minum kat gerai tepi jalan. Sedih sungguh rasanya bila tengok keadaan macam tu. Mana tidaknya. Waktu-waktu yang elok ke masjid, surau atau paling tidak solat saja di rumah. Rasa risau, seriau, takut bila memikirkan golongan ini, entah solat entah kan tidak.
Mungkin aku tidak terdidik dalam golongan yang melepak-lepak waktu maghrib begini. Paling tidak, masuk waktu maghrib, aku dah pastikan anak-anak mandi dan siap untuk solat. Aku pun bukannya baik sangat yang sentiasa solat on time. It just that, having fun outside during maghrib is not proper. Well.... padan la anak-anak zaman sekarang ni, payah nak dididik.....
|