Alhamdulillah, aku baru je selesai masak makan tengahari. Eh, dah pukul 4.00 petang! Hehehe.... tengahari dah siap masak nasi beriani dan goreng ayam. Lepas tu, kak long pula ajak pergi Banting. Jadi aku pun teman la dia cari kasut anak-anaknya. Balik dari Banting dah pukul 2.00. Disebabkan Sarah tak nak ikut aku balik rumah (dia memang suka sangat duduk rumah ummi a.k.a kak long aku), maka aku dengan senangnya masukkan Syaza yang dah lelap dalam kereta tadi ke dalam buaian. Solat zohor dulu. Lepas tu aku sinsing lengan baju dan sambung kerja memasak. Buat dalca dan masak ayam merah beserta acar mudah. Pukul 3.30 baru siap segala termasuk la kemas dapur (memang habit aku kalau dah masak, dapur mesti dikemas terlebih dahulu sebelum melantak. :D) Lepas makan, baru je nak mula buat nota Geografi Tingkatan 2 (khas untuk pelajar 2 Fasih, kelas hujung), Syaza pun gerak-gerak nak bangun. Aduuuuhaiii.... Hampir-hampir kerja aku terbengkalai lagi. Tinggal 4 bab je lagi.. Tapi tu pun payah benar nak siap. Ingatkan Jumaat ni nak hantar buat salinan. Tapi tak tau la camna. Aku angkat Syaza, susukan dan dia terlelap balik. Harap-harapnya lena sampai abah dia balik pukul 6 ni. Hehehe.... Lepas tu malam aku la yang merana kena layan dia sebab dah puas tidur petang. Hahaha... padan muka aku!!! p/s: Moga-moga aku sempat siapkan nota Geografi ni untuk anak-anak murid aku. Aku cuba nak bantu mereka yang sangat lemah... Bukan siapa pun, anak bangsa aku sendiri yang bakal mencorakkan dunia Sarah dan Syaza nanti.... |
Wednesday, March 17, 2010
Peluang mengadap laptop
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment