Thursday, March 18, 2010

Seharian berjalan-jalan di Kuala Lumpur

Best tak tajuk hari ini? hikhik.... Meh aku cerita tentang perjalanan seharian aku yang bermula jam 9.00 pagi. About an hour after my last blog entry. Since today is a working day, federal highway was a little bit jammed even though we reached the highway around 10.00. Mr. Hubby belok ke Kelana Jaya sebab rancangnya nak letak kereta dekat tempat letak kereta di stesen LRT Kelana Jaya. Malangnya, dah penuh. Pergi ke Taman Bahagia pun penuh. Akhirnya pusing kat Asia Jaya. Penuh juga. Tapi pusing punya pusing, jumpa la satu kawasan. Itu pun staff LRT punya. Kami letak kereta di situ dan naik LRT. Ni kes nak bawa Sarah dan Syaza jalan-jalan kenal dunia la ni. Sampai KLCC dalam pukul 11 lebih. Terus ke Aquaria. We snapped few shots. I'll try to upload later coz I'm rushing to finish the note (as per my few entries before).

Jakun juga aku dok meronda kat dalam Aquaria tu. Disebabkan kami pengguna kad touch n go, kami terus masuk dan tak payah beratur. Nampak la ikan pirana yang ganas tu. Yang tak bestnya, kami baru je terlepas sesi bagi makan kat ikan-ikan tu.... ceshhh.. rugi je rasa. We strolled and strolled over the interesting tanks in the place. Banyak la yang menarik. Terutamanya bab jumpa Kak Alizah, kawan masa kat Jalan Kebun dulu. Heheh... macam tak sangka jumpa dia kat KLCC laknya. Dapat juga tengok obor-obor secara langsung kat situ (as what I saw in Seven Pounds movie - tragis cita tu).

Pukul 2 lebih, kami lunch kat Kenny Rogers. Lepas tu aku pergi melawat kawan-kawan kat Kinokuniya (I miss the time working there. So sweet memories). Jumpa la Siti dan Yoke Ping. Masing-masing dah jadi unit chief dan assistant unit chief. Haa.. ada satu benda kelakar yang sekarang ni nampak makin jelas tentang Syaza. Sila lihat gambar ini.


Aksi-aksi Syaza sedang marah sebab aku tak bagi dia selongkar buku-buku kat rak.
Hehehe... kelakar...kelakar....

Sebelum meninggalkan KLCC, sempat juga la aku jenguk kat City Chain. Ternampak la jam chrono yang cantik. Since ada 40% diskaun, aku pun rasa nak beli sempena hadiah hari lahir Mr. Hubby. Asalnya nak beli jam chrono tu. Tapi, sebab kaca jam tu bukan sapphire, terus tukar beli jam lain. Sayang la pula kalau beli jam mahal-mahal, tapi calar-balar. Keje Mr. Hubby aku pun ala-ala Ryan Gigs gak (duta jam CYMA yang harganya tak kurang dari RM900++), lasak. Jam tu aku terus sorok sebaik sampai rumah. Cik abang minta pun, aku tak bagi... Kan hadiah hari jadi... Next month yea sayang.... hehehhe....

Kami naik LRT balik lebih kurang jam 4.00. Tu pun kira lewat. Lewat lagi dari tu, alamatnya kena bersesak la dengan orang balik kerja.

Wajah-wajah kesayangan hamba dalam perjalanan pulang ... dah penat la tu....



Yang ni pula masa dalam perjalanan pulang menaiki kereta... Cute tak? haha...


Sampai rumah dalam pukul 5.30. Aku angkut barang-barang ke dalam rumah. Kemudian terus letak barang yang sekarang ni jadi kegemaran aku kalau pergi mana-mana - fridge magnet. Setakat ni, itu je la koleksi yang aku baru ada. Plan to have more.... hehehe....


This is the latest one. Bought at... as you can see.... :D

Lihatlah wajah-wajah yang memang penat... Sian kan.....



Yang ni je tak tau penat. Jenuh aku nak ambil gambar dia yang lincah ke hulu ke hilir.... Syaza... Syaza....

Ok... Aku nak sambung menaip nota. Moga-moga boleh siap paling lewat esok supaya aku boleh hantar untuk buat salinan.... Amin... hehehhe...

2 comments:

nizamsaidon said...

mama, bila plak la gambo abg tgh tido awk amik ni? Isk..isk.. Nasib baik la gambo tu x bleh kuar suara, klau x kecoh 1 malaya.
Hehehe...

Mama Iman said...

Dah abang sedap tido.... takkan nak kejut bgtau nak amik gambo kot.... :D