Tuesday, March 09, 2010

Lewat waktu maghrib

Hari ni aku ikut Jalan Kebun sebab nak pergi rumah mak kejap. Selalunya aku sampai rumah lebih kurang 7.20 ke 7.30 malam. Dan selalunya on the home, I listen to IKIM.fm. Rasa tenang sebab banyak zikir, nasyid, usrah dan sebagainya. Tadi, aku sampai area batu 9 agak lewat. Lebih kurang 7.25. Azan kat radio pun dah berkumandang. Yang 'seronoknya', ada lagi budak-budak muda yang tengah seronok melepak tepi-tepi jalan. Ada juga sekumpulan orang tua yang sedang duduk minum-minum kat gerai tepi jalan. Sedih sungguh rasanya bila tengok keadaan macam tu. Mana tidaknya. Waktu-waktu yang elok ke masjid, surau atau paling tidak solat saja di rumah. Rasa risau, seriau, takut bila memikirkan golongan ini, entah solat entah kan tidak.

Mungkin aku tidak terdidik dalam golongan yang melepak-lepak waktu maghrib begini. Paling tidak, masuk waktu maghrib, aku dah pastikan anak-anak mandi dan siap untuk solat. Aku pun bukannya baik sangat yang sentiasa solat on time. It just that, having fun outside during maghrib is not proper. Well.... padan la anak-anak zaman sekarang ni, payah nak dididik.....

No comments:

There was an error in this gadget