Kes 1
Aku dah melalui hari yang membosankan dan tak menyeronokkan masa buat pemeriksaan kesihatan Isnin lepas. Kelmarin aku dah submit pada kerani. Tetiba semalam, dia bagi satu lagi borang perakuan bebas dadah untuk ditandatangani oleh pegawai perubatan kerajaan. Aduuuhaiii.... sakit juga rasa hati. Aku tak tau nak salahkan sapa dalam hal ni. Kerani sekolah ke, orang kat PPD ke.... Bukannya senang nak pergi hospital lagi dan dapatkan pengesahan tu. Klinik pun sama. Kalau dah nama klinik kerajaan.... maka panjang la quenya... Aku call isteri sepupu aku nak minta tolong dia sign, masuk voicemail. Call kawan minta tolong, pun tak angkat. Msg pun so far no reply. Lambat hantar bererti lambat gaji....
Kes 2
Dari hari Selasa lagi aku dah cuba isi borang online DPLI. Tapi tak ada sekali pun permohonan aku lepas. Aku disuruh isi semula berulang-ulang kali sampai aku jadi muak dan menyampah. Bila aku call Helpline (so called helpline....) dan aku beritahu masalah aku, dia cuma cakap, kat tempat dia boleh je isi. Aku kata bukan aku sorang je.... ada kawan aku pun tak boleh juga. Dan dia terus berulang-ulang kali kata kat tempat dia tak ada masalah. Yang buat aku angin dan sangat-sangat terkilan bila dia macam lepas tangan. Aku bayar RM20.60. Bukannya RM1.00. Kalau setakat beli, tapi tak boleh isi... tak guna juga. Bila aku tanya alternatif lain (soalan bodoh) kalau aku tak boleh isi... dia cuma kata, kena cuba banyak kali. Uhhh.... senangnya bercakap kan....
Jadi, part mana yang buat aku marah?????????????
No comments:
Post a Comment