Monday, March 01, 2010

Pemeriksaan Kesihatan di Hospital Banting.

Aku sampai kat hospital dalam pukul 2.15. Appointment pukul 2.00. Terlambat sikit. Memula masuk kat kaunter 2, nampak sorang ibu dan bayi yang br lahir. Teringat saat-saat lepas bsalin dulu. Rindu pula nak jadi preggie mama lagi. Asyik tengok, ternampak En Nuzaihan, medical assistant kat Hospital Banting ni. Aku senyum kat dia yang kebetulan lalu depan aku. Terus dia tanya aku punya date appointment. Bila aku cakap hari ni, dia suruh aku terus pergi jabatan xray. Aku terfikir.. Untungnya senyum. Kalu tak, panjang juga nak sampai kaunter daftar tu.

Masa xray lak, staf kt situ suruh aku tukar baju dan pakai gown khas. Dia kata, tunggu sampai dipanggil. Jadi aku duduk la memerap dalam bilik salin pakaian tu dekat 5 min. Pergh.. Lamanya. Dah la dalam tu gelap dan kipas pun tak berfungsi. Dalam kedudukn xray tu (dok peluk board dengan keadaan yang tidak menyeronokkan), aku tunggu la bila dia nak kata dah siap. Ada la dekat dua min. Tetiba je staf lelaki kat situ datang ambil filem x ray aku. Tapi tak pula kata dah. Aku yang gerak ke tepi dan tanya. Ceh.. Malu juga sebab berkeadaan yang tidak selesa ni. Tau je la kalu pergi xray ni. You have to take off tudung n cloth.....


Then aku pergi jabatan pesakit luar. Dapat no 2033. No sekarang 2013. Tapi tau je la no giliran hospital atau klinik kerajaan ni. Tak tentu. Kejap kang 2028, pastu turun sat 2015 pastu naik balik 2020..... Hmmm.... Sambil tunggu aku nampak sorang makcik ni berkerusi roda ditolak anaknya. Tiba2 hati jadi kecut. Terfikir, apakah itu aku tika menginjak usia tua? Moga tua aku tidak menyusahkan orang lain terutamanya anak-anak. Amin.

Tak lama tu, terdengar pula budak menjerit2 menangis tak tau dari bilik mana. Barangkali dia tengah menjalani rawatan. Dalam hati berdoa moga anak aku tidak terkena penyakit yang serius. I'm not strong enough to hear kids cry. Tingat masa Sarah dam Syaza masa baby dulu kena ambil darah untuk tengok bil bilirubin dalam darah. Ada sekali tu aku nangis dengar tangisan mereka. Hati ibu aku cepat tersentuh kalau tengok anak-anak kecil kesusahan. Macam baru-baru ni tengok kematian syafika akibat didera. Sayu dan sebak aku rasanya...

Anyway, bila tiba turn aku, aku pun masuk la ke bilik 2. Tup... tup... nurse kat situ suruh aku pas kad aku kat bilik 3 lak. Bla aku pergi bilik 3, nurse kt situ tanya aku kenapa bagi kad tu kt blik 3. Bila aku kata orang sebelah bagi, dia suruh aku tunggu sampai nama dipanggil. Aduuhai...

Bila dah dipanggil sekali lagi, borang pula tak lengkap. Berat dan tinggi tak diambil. Kena la pergi bilik 7. Bila pergi situ, orangnya tak ada. Nak menunggu.. Satu hal plaknya.. Grr..




Anyway, aku memang plan nak pergi pejabat pesuruhjaya sumpah dan beli pin untuk mohon dpli sekali hari ni. Tapi malangnya, dek terlalu lama menghabiskan masa di klinik, agenda tu terpaksa ditangguh ke hari esok.

2 comments:

Farah said...

pernah jugak pergi hospital banting ni dulu mase afif kena jaundice...dah la dalam pantang..nak menunggu punyela lama.

Mama Iman said...

Kebetulan ari wat medical check up tu, orangnya sangat ramai (menurut kat nuzaihan m.a tu la). Doc sorang, tp yang nak wat medical check up tu punya la ramai. Tapi kalau time tak ramai plak, doc lak bersusun... heheh...

There was an error in this gadget