Tuesday, March 30, 2010

Sepetang bersama Sarah dan Syaza






Syaza tengah leka dok belek something on her feet. Mama pun tak nampak apa dia. Mama tengok Syaza senyap je.... Tu yang mama jenguk kat tepi meja. Rupa-rupanya you were doing something.

Sarah pula la ni susah nak tidur petang kalau masa cuti. Macam semalam, ummi kata Sarah menangis bila disuruh tidur. Mama tak penah pula tengok Sarah nangis bila disuruh tidur. Rupanya, kata ummi memang betul. Cuba la tengok Cik Sarah yang sakan berguling menangis-nangis tak nak tidur. Lepas aksi berguling tu, mama tengok ada la dua tiga kali Sarah dah lelap. Tapi sebab Syaza tengah aktif melenjan katil, Sarah tak jadi tidur. Lepas tu sama-sama aktif balik.


Yang kelakar bab tidur ni, Sarah suka sangat bagi alasan kalau tak nak tidur. Semalam, mama tengok mata Sarah dah kuyu masa dah sampai depan pintu pagar.

"Sarah dah ngantuk yea?" Tegur mama.

"Mana ada ngantuk. Silau. Panas!" Selamba Sarah jawab. Mama senyum je.

Sampai rumah, Sarah baring kat sofa. Mama pula ke dapur masak air panas sebab tadi Sarah kata nak susu. Bila mama ke ruang tamu semula, Sarah dah lelap pun. See... susah sangat nak mengaku Sarah memang dah mengantuk. Heheheh...

No comments:

There was an error in this gadget