Dia balik lambat hari ni. Jadi, rutin ambil Sarah dan Syaza beralih pada dia. Oleh kerana anggaran dia pulang dalam pukul 7.00, aku minta ayah aku ambil puteri-puteri aku. So, on the way home, aku singgah rumah mak aku yang tak berapa jauh dari rumah aku, solat maghrib dan baru balik rumah dengan dua puteri keletah tu. Bila sampai rumah, hubby tersayang dah panaskan sup telur pagi tadi. Pastu masak nasi, dan goreng telur dadar. Tumbuk cili api dan campurkan dengan ikan bilis tumbuk.... perghhh... sedap weh! Perut pun dah lapar. Aku mandi, pastu makan dan terus melepak tanpa basuh pinggan. Heheh....
Hmmm... rasanya mood nak kemas dapur macam dah nak datang dah ni... ok la... I'm going away from this luv very soon.... to the kitchen!!!! Yeeeehaaaaa.......
No comments:
Post a Comment