Thursday, March 18, 2010

Awal pagi

Hari ni diari hidup aku bermula jam 5.30 pagi. Huiiyoooo!!! Best kan? Sarah pun bangun awal. Pukul 5.15 (aku masa tu tengah mamai lagi), dia dah bangun kejut abah dia minta susu. Samar-samar aku dengar abah dia kata air tengah masak. Lepas tu, aku sedar 5.30, abah kesayangan Sarah tengah tidur. Terlelap la tu. Sarah pula masih setia menanti abah dia bangun buatkan susu. Kesian aku tengok. Aku pun bangun buatkan susu. Lepas tu aku minum segelas air (baru mula belajar tentang kebaikannya - menguatkan daya imun dalam badan), lepas tu terus ngadap laptop buat nota Geografi (bila la nak siap....). Sarah pula terus ke depan tengok TV. Kartun la... apa lagi....

Pukul 6.30, aku solat subuh. Kejut suami yang kusayang bangun subuh. Kali ni aku saja kejut lewat sikit sebab semalam dia keletihan balik kerja lewat. Sampai rumah almost 9 p.m. Bila aku tanya jadi ke nak pergi Aquaria hari ni? Dia kata, "Entah la. Macam penat". Bila dengar macam tu, aku tak banyak soal dah. Kesian pun ada. Tak pe la.... tak jadi, aku boleh teruskan perjuangan buat nota Geografi ni.

Pukul 7.30, aku mandi (dah habit mandi pagi. lagipun sejak ada pemanas air, aku lebih semangat memulakan waktu pagi selepas mandi). Dengar suami aku dah basuh-basuh kereta dan van kat luar. Uihh... dia pun rajin. Kata penat. Lepas mandi, aku sambung buat nota (sambil-sambil tengok blog orang... hehehe...). Lagipun kalau Mr. Hubby tak kerja, aku akan ke dapur lewat sikit. Sekarang ni pun dia tengah diet. Jadi, sarapan memang ekspres la. Wholemeal cereal je....

Tengah syok buat nota (plus menulis blog. Hehehe.. padan la nota tak siap-siap), Mr. Hubby masuk bilik dan bertanya, "Tak nak pergi ke?"

Ait... tadi kata penat..... Aku pun..... hmmmm.... "Tak penat?"

"Takde la. Pergi pagi. Nanti petang boleh terus pergi Putrajaya tengok belon panas." Jawab dia selamba....

Huiyooo.. ni memang tak penat ni... Ok la... aku pun sambung sat tulis blog ni.... dan nak bersiap pergi.... Nanti kalau sempat aku post gambar-gambar ek.....

No comments: