Monday, October 17, 2011

Maternity Department

Perut dah makin besar. Baju masih muat lagi sebab memang aku suka beli dan pakai baju jenis besar. Tapi, seluar tracksuit, mana ada yang jenis besar-besar dan mudah memeri. Jadinya,kali ni aku kekurangan stok seluar untuk dipakai seharian. Aku memang bukan jenis berkain batik di rumah. Tak reti. hahaha.... Kalau takat seluar untuk jalan-jalan tu ada la 2 3 helai. Tapi takkan la aku nak pakai yang itu setiap hari untuk tempoh lagi 4 bulan ni.... Huhuh... nanti jadi lunyai la pula... Jadinya, aku ajak Mr. Hubby pergi cari seluar yang boleh pakai buat basahan di rumah.

Destinasi pertama, ke Jusco Bukit Raja sebab kalau tak silap, masa aku mengandungkan Sarah dulu, ada sekali aku beli seluar jenis track bottom ni dan masih lagi aku pakai hingga kini. Cuma masalahnya, seluar tu dah mula berlubang-lubang. Hhehehe.... Sampai kat sana, aku terus tuju Maternity Department. Malas nak melencong ke tempat lain. Lagipun Syaza tadi baru je lelap sekejap dalam kereta. Pastinya dia masih lagi mamai. Jadi nak kena berdukung aje. Sarah pula memang dah penat dan belum lagi tidur petang. Jadi, situasi memang sama. Pusing dua tiga kali kat kawasan situ, tapi apa yang dicari tidak ada. Kecewa yang amat sangat. Yang banyak seluar jeans, seluar yang cantik-cantik harganya sekitar RM59 - RM69. Chaiitt... takkan la aku nak sarung seluar mahal buat pakai basahan kot. Pusing kat area baju tidur kengkonon nak cuba saiz. Ketat. Pergi bahagian sukan nak cuba nasib, tidak ada yang berkenan. Semua tracksuit rekaan biasa yang getah bahagian pinggangnya sangat ketat. Huuh... aku dah mula rasa nak naik angin. Entah nak marahkan siapa aku pun tak tau. 

Mr. Hubby cadangkan pergi ke ModernMom. Walaupun tahu situ memang tak ada, aku masuk juga. Belek punya belek, paling murah seluar kat situ RM169. Gila apa aku nak pakai seluar RM169 buat basahan harian? Sekadar bertanya pada jurujual tu soalan bodoh sama ada kat situ ada tak seluar untuk pakaian harian. Seperti yang aku jangka, dia jawab situ lebih kepada pakaian pejabat dan tidak ada untuk pakaian harian. Uwaaa....

Aku ajak Mr. Hubby cuba ke Bukit Tinggi pula. Di situ masih sama. Yang buat sedikit angin bila Sarah pun sibuk tuntut nak beli baju. Huhuhu.... Sudahnya kerana geram, aku dok capai satu helai T-shirt lengan pendek dan satu seluar pendek untuk pakaian di rumah. 

Payahnya nak cari pakaian harian untuk ibu-ibu mengandung ni ek. Aku pun tak tau kenapa tak ramai pembuat pakaian yang mensasarkan pakaian jenis ni. Semua berlumba-lumba nak buat pakaian yang nampak elegan dan mahal. Tapi, golongan yang biasa-biasa dan yang lebih suka mencari pakaian harian ni, tidak pula difikirkan. Barangkali, dalam kepala cuma nak buat baju yang trendy dan ikut gaya semasa je. Tapi tak fikir tentang keselesaan kot. Hahaha.... Sebab aku ni jenis ortodoks sikit. Jadi memang agak payah la gamaknya. Kebanyakan seluar untuk ibu memgandung yang aku jumpa lebih kepada legging (macam budak kecit! Cesh!), jeans, slacks.... Lepas ni nak google lak cari kot-kot ada jual online. Hohoho....

2 comments:

Jari-jemari said...

Hanim.. Eza biasanya pergi ke Mid Valley.. bahagian maternity Scarlet.. ada seluar yang besar. harga tak sure.. tp tracksuit tak pastilah pulak ada ke tak..

Eza mase mengandung pakai seluar dan baju t-shirt scarlet RM 9.90 jee.. murah jee. (short)lebih kurang sama kot harganya ngan T-shirt tu.. tak ingat..dan legging paras lutut RM 19.90 (duduk umah takde siapa yang nampak kan).. tp mungkin Hanim tak pakai short kat umah kot.. tp ada seluar yang besar jenis kain lembut.. bolehlah pakai kat umah dalam 29.90 kot...

Mama Iman said...

Mid Valley... bunyi mcm best. Macam boleh p lagi sambil mengundang kenangan lama ni... Sy mmg cari yg murah2 je Eza. Sebab nk pakai kat rumah plus kalu nk jln2 sekitar rumah mak ke, pi pasar malam ke.. takkan nak dok melawa dgn seluar rega RM169... hohoho.... Saya ada tiga helai shorts (sy pakai shorts la kat rumah. Selesa sgt) n br tambah sehelai aritu. Kira ok la. Tp koleksi seluar pjg ala2 tracksuit dh hampir tamat tempoh. Peha n perut mcm dah tak blh tampung. Tak nak la pakai baju yg nmpk macam sarung nangka tu. Ketat betat. hehhehe... TQ Eza. Good advice... hehhehe

There was an error in this gadget