Tuesday, October 18, 2011

Posting is just around the corner

Insyaallah, di kala ini, penempatan untuk guru-guru KPLI Jun 2010 sedang rancak berjalan. Ramai kawan-kawan dah mula bercerita tentang JPN buat panggilan memaklumkan tarikh untuk lapor diri. Aku? Huaaa... ini yang rasa sedih dan takut ni. Bukan apa. dah dok terbayang aku sibuk mengemas barang untuk ke destinasi baru. Itu je la yang boleh aku bayangkan saat ni walaupun dalam hati berdoa moga itu tak berlaku. Sebab dok fikir kuatkah hati mahu berjauhan dengan permata-permata tersayang di rumah ni?

Memang dah lama menanti keadaan ni. Sebelum ni, masa jadi GSTT, aku tidak mengharap untuk kekal bertahun-tahun di sekolah yang sama. Jadi, perlakuan aku hanya sebagai seorang perantau je. Main cuit-cuit dan celup-celup je. Sebab yakin aku takkan lama di satu-satu sekolah. 

Tapi kali ni situasinya tentunya amat berlainan. Aku kena hadapi murid dan rakan-rakan sekerja berlainan bangsa (sebab dalam surat tawaran ialah SJKT). Belajar bahasa baru, menyesuaikan diri dengan budaya baru dan banyak lagi benda baru yang bakal aku pelajari. Tapi aku tak tau sampai bila sebab aku mungkin akan mengajar di sekolah yang sama untuk satu tempoh yang lama. Jadi, aku cuba juga membayangkan keadaan aku yang bangun pagi untuk masak sarapan dan makan tengahari untuk bekalan ketika di sekolah. Tak tau la nanti macamana keadaannya. Aku bukan seorang yang mudah untuk bergaul dengan orang baru. Kalau aku rasa tak sesuai, aku akan ambil keputusan untuk buat cerita sendiri. Janji kerja jalan. Tapi.... boleh ke begitu? Huhuh...

Dari hari ke hari, aku rasa makin berdebar. Malam tadi pun tak dapat tidur lena. Hampir setiap jam tersedar. Yang kelakarnya, bangun-bangun terus capai telefon tangan dan buka laman sesawang KPM. Hahahha... aje gila dah aku ni. Apapun, aku doa mohon moga Allah permudahkan segalanya untuk aku dan membuka pintu rezeki seluas-luasnya untuk aku. Amin.

Dan untuk kawan-kawan juga, selamat menempuh kehidupan baru sebagai guru. Ingat, guru juga pembentuk negara bangsa. Moga kita sentiasa memperbaharui niat setiap hari ke sekolah kerana Allah. Dan moga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi. Amin....

No comments:

There was an error in this gadget