Thursday, October 06, 2011

Pet Carrier

Sebab nak bawa Tempang ke klinik semalam, aku terpaksa la beli bakul kucing nak masukkan Tempang dalam tu masa dalam perjalanan ke kereta. Bukan tak nak letak je dalam kereta. Cuma takut nanti Tempang melompat keluar dari kereta. Aku bergegas pergi ke kedai haiwan kat Jenjarum lepas Sarah balik dari sekolah. Ada satu kedai baru buka kat situ. Sampai situ, hujan baru reda. Aku baru nak keluar dari kereta bila nampak dua ekor anjing poodle berlegar-legar dalam kedai tu. 

Aku mula berkira-kira sama ada nak keluar ke atau tidak. Satu, dari luar nampak macam tak ada bakul haiwan dijual kat situ. Aku cuma nampak makanan haiwan yang pelbagai, aksesori haiwan dan sangkar besar. Kedua, kalau aku masuk dan berlegar kat luar, aku takut gak kot-kot anjing tu datang kat aku. Mungkin dia tak garang. Tapi, aku memang takut anjing. Lagi pulak aku bawa dua cencomel aku masuk kedai. Diorang pula jenis tak takut anjing nak lagi yang comel macam podle breed tu. Kang tak pasal-pasal diorang pegang. Mana aku nak samak lagi. Nak berkungfu dengan hujan lagi. Nak sama kereta mak aku lagi nanti. Lepas tu nak pergi ke klinik. Haisshhh... banyak kerja dan aku tak rajin nak buat semua tu. Ketiganya, kalau pun anak-anak aku tak pegang, aku ada rasa ragu dengan barangan kat dalam kedai tu. Kot memang ada bakul haiwan kat situ, yang pernah disentuh cik anjing-anjing comel tu, nanti jenuh juga aku nak menyamak diri aku dengan bakul-bakul tu sekali. dah la baju agak basah dengan air hujan. Lama kan aku dok fikir depan kedai tu. Akhirnya, aku ambil keputusan tukar haluan ke Bukit Tinggi, Klang. 

Terpaksa la meredah hujan kat tengah-tengah kawasan Telok Panglima Garang. Dalam perjalanan tu pula, Syaza tertidur. Aduuuhai... macam-macam hal. Hujan masih agak lebat. Aku fikir kalau aku ke PetShop Family kat Jalan Nilam tu, mungkin banyak pilihan dan murah sikit. Tapi, jenuh la nak angkat Syaza lagi, Sarah lagi. Dah la kereta aku sezen. Tak boleh dikunci dari tempat pemandu. Ni gara-gara pembuka pintu yang patah dari dalam. Nak ganti, tak jumpa-jumpa lagi alat gantinya. Jadi, aku terpaksa la ke Jusco sebab dalam tu ada satu kedai haiwan. Senang la sikit sebab boleh parking kat bawah tanah dan terus naik ke kedai. Tak payah bergelut dengan hujan dan kunci kereta. 

Sampai situ, aku terus cari bakul haiwan. Jumpa satu. Yang sadisnya, paling murah adalah RM58 dan bukan RM35 macam dalam kepala otak aku. huhuhu.... Mahu tak mahu, capai la juga yang itu. Kalau ada yang berminat nak beli dengan aku... aku boleh jual kat sesapa yang berminat. Sila hubungi aku ek. hehehhe... harga boleh runding. Sebab tak rancang untuk simpan lama. Bukan selalu pun aku bawa kucing pergi klinik. Warna pilihan aku hijau dna putih. Cantik tak? Sebab fikir senang nak basuh. Nampak kekotoran kat situ. Lagipun aku perasan tadi kaki si Tempang berdarah.

Tak sampai 20 minit di Jusco, jadi bayaran letak kereta adalah percuma. Aku balik rumah, solat dulu dan baru ke Banting dengan anak-anak, mak dan ayah aku. Sebagaimana yang dirasakan, doktor cadang untuk potong bahagian yang dah tak elok tu. Kaki dia memang teruk dan kalau lambat boleh kena ulser. Jadi, aku tinggalkan Tempang kat klinik. Dia kena puasa dan pembedahan kaki dia cuma dijalankan hari esok aje, kata doktor. Kira hari ni la. Doktor kata bila dah selesai, petang nanti dia akan call. La ni, anak-anak aku asyik merengek je suruh pergi ambil Tempang. 

"Adik rindu Tempang... Kakak rindu tempang..." Iyolah tu... kalau kat rumah mak aku, tidak pula mereka ni sibukkan pasla si Tempang. Yang asyik dikejar, Bintang. Maklumla.. Bintang ni handsome dan berbulu panjang. Aku pun jadi geram. hehehhe....Ok la... nanti kalau rajin, aku kemaskini lagi tentang tempang. Ni nak pergi masak makan tengahari. Menu hari ini ialah nasi ayam panggang berempah. Yummy.... :D


3 comments:

Amiizaa2001 said...

laling...tunjukalah gambar tempang nk tgk....akak pon peminat kucen:)

Fazil Hamid said...

last year bela arnab..tp tak terjaga..anak kecil2 lg...memang die suka..tapi belum mampu pikul tanggungjawab...tp nampak ade nilai2 murni tu...plan nak bela arnab hobit...tp tak tau bile..hehehe..

Mama Iman said...

Kamera ada problem la kak Amiiza... nanti sy usahakan. Tp gambo yg lum potong kaki takde la gamaknya... sebab lupa nak snap masa pi klinik aritu. Hari ni baru nak amik. Insyaallah... akan sy usahakan gambo dia. He's cute and active...

Fazil... akak penah bela arnab smp jadi beranak pinak dan berpuluh-puluh ekor. Tak larat nak jaga sebab time tu sekolah lagi. Bagi orang pun, tetap beranak-anak. Jadinya, bila dah tinggal belas2 ekor, amik keputusan kasik sembelih je la. Buat satay. Itu pun sebab yg induk kesayangan dah mati lama... kalau tak, jangan harap. hehehhe

There was an error in this gadget